"K, selamat kembali!". ada riak gembira terpancar di hati.
"see... i dah bagitau you. diorang semua ok. you aje yang fikir bukan-bukan!".
aku memandang ema, minah paling cool di kolej. kami rapat dari awal semester lagi. ikut hati mahu sahaja aku memeluknya di hadapan khalayak waktu itu juga. nasib baik aku nie waras lagi. setomboy-tomboy si ema nih, dia tetap perempuan. kang tak pepasal aku kena gosip lak. simpang malaikat empat-puluh empat.
selesai sahaja pendaftaran kelas dan pemilihan subjek, aku dan ema bergerak ke kompleks pertama. saja ikut si ema ni jalan-jalan. kata ema, kat medan MARA bersebelahan kompleks pertama tu banyak dijual juadah berbuka yang enak-enak.
kami menapak aje. tempat tue bukannya jauh. dari kolej, borak-borak dah sampai. lama aku tak macam ni ngan ema. dah lama aku tak jumpa kan. makin cute dan montel dia. HEHEHE...
medan MARA.
jam menunjukkan hampir ke pukul empat petang. orang semakin ramai. mataku terus melilau-lilau. dari satu gerak ke satu gerai kami beralih. macam-macam kuih juga dah kubeli. tiba-tiba pandanganku tertumpu pada seseorang. erm, cam kenal.
"ema, you tunggu sini!". ema terpinga-pinga.
"excuse me, sofea?". gadis genit itu agak terkejut.
"K?". terlihat senyuman membunga. aku angguk.
"What a suprised...".
9.20 malam.
aku membelek-belek majalah di ruang depan. AM keluar berterawih. ambil berkat katanya.
sunyi.
tiba-tiba sahaja ingatanku terkenangkan sofea. gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku.
yup! to be frank, aku dan dia pernah bersama. alah, zaman-zaman sekolah dulu. cinta monyet kata orang.
apa pun, biar sedetik, pertemuan siang tadi nyata mencipta satu warna baru buatku. sofea sempat memberiku nombor handsetnya. ikut hati, ingin sahaja aku mendail dan mendengar kembali alunan manja suaranya. suara yang suatu ketika dulu pernah kurindu dan kudamba saban waktu. ah, gila! hatiku pantas memberontak.
"tak mungkin...", desis hati kecilku perlahan. mungkin aku hanya mensia-siakan peluang yang ada. cukup-cukuplah. aku tak sanggup lagi bermain api.
ah, sofea. gadis itu terlalu baik. dan gadis sebaiknya tidak sesuai untuk lelaki sepertiku. betapa aku pernah meremukkan hatinya.
punca?
ah, cerita lama beb.
c'mon, K!
ok.. ok...
"K, pls... bagitau sof. apa sebenarnya berlaku. kenapa K berubah jadi camnie. kenapa K selalu mengelak dr jumpa sof? apa salah sof?".
"sof tak salah...".
"habis?".
"susah nak K terangkan. sof takkan faham...".
"K...".
"sof... pls, jgn paksa K lagi...".
"K...".
"betul sof nak tau?". sofea angguk. arghh...
"sof... K tak normal. K gay!".
"hah?".
terus-terang sofea tak salah dlm hal nie. hakikatnya aku yang tinggalkan dia. mana mungkin bisa aku menerima dirinya dan cintanya sedangkan aku dah pun berterus-terang yg aku nie gay. gila!
sofea menangis-nangis mendengar pengakuanku.
"K, sof tak kisah siapa pun diri K. sof sanggup..."
"no sof. tidakk... tak mungkin...".
"K...".
"maafkan, K...".
"K...".
aku bahagia sebenarnya dengan jalan yang kupilih. suatu jalan yang hanya aku dan mereka-mereka yang senasib sahaja bisa faham dan mengerti. kesal? ah, tidak sekali-kali. aku yakin inilah takdir hidupku. ya! aku pasti itu.
aku meletakkan kembali handphone. ah, sofea... maafkan aku!
K.
No comments:
Post a Comment