Friday, December 21, 2007

ep. 11 : cinta datang lagi

aku kian resah. dah hampir ke pukul satu sentengah. mana la si zack nie tak datang-datang lagi. iskandar ralit membaca paper. ingatkan pas mandi tadi terus aje nak blah, bleh pula dia buat dono kat ruang tamu tuh. K mencebik geram.

"dear, meh la sini. dok rapat ngan i. ada story pasal siti nih. u minat siti kan?".

aku buat-buat tak tahu. tak kuasa nak melayan.

"ting tonggg...!". bunyi loceng. aku bernafas lega. terpacul wajah zack di pintu rumah.

"nape lambat...".

"shhhh... is mana?". tak sempat mulutku nak membebel si zack dah menekup.

"is!".

"hey, zack... datang pun. sorang je, kamil mana?".

kamil who?

"kamil keluar. ada hal katanya. you ok?". iskandar pantas mengangguk. dia mengerling tajam padaku seraya mengeyit perlahan. uh!

"jom keluar!".

"hey, ke mana?".

"ada la. ikut aje!".

rav4 biru gelap membelah ke jalan istana seterusnya masuk ke jalan duta. aku hanya jadi pak turut. dalam hati terfikir juga. siapa tuan punya kereta? masakan zack yg masih belajar mampu memilikinya? iskandar kah?

"ke mana kita...".

"ok, sampai!". aku terkebil-kebil sendiri. rav4 yg kunaiki berhenti betul2 di hadapan pintu pagar sebuah banglo mewah di pinggir sri hartamas.

"rumah siapa nie zack?". soalku perlahan sebaik kami menapak turun.

"kita makan tengahari di sini." ish, lain yg kutanya lain yg dijawabnya. zack pun dah jadi dua kali lima ngan iskandar. aku makin bingung.

"hah, is.. zack! lambat balik. pergi makan lekas. mintak sama mak jah kat dapur sana. sejuk nanti lauk2 tu hah."

"sorry, ma. is dr umah kawan tadi. ada hal. kenalkan, K." meskipun agak bingung aku cuba menyalami wanita yg dipanggil 'ma' oleh is tadi.

"K, mama saya...".

oh, mama. aku angguk tanda hormat.

lewat petang.

aku kembali ke rumah. tiba-tiba sahaja hatiku jadi girang. aku sendiri tak tau kenapa. sedetik aku teringat kembali layanan iskandar di rumahnya siang tadi. zack tak habis-habis mengusik kami. aku yg agak tak selesa mulanya kian betah. mama iskandar juga baik. mak jah pun ok. paling aku suka ikan sambal masakannya. berselera.

"tutt... tuttt...". handphoneku berdering.

"hai, baby! dah sampai rumah?". aku senyum sendiri. hatiku berbunga dipanggil begitu.

"erm, dah. baru sampai..", ujarku acuh tak acuh. saja.

"zack mana? dah balik?".

"a'ah. ada hal katanya. nak gi jemput *kamil kat stadium. thanks anyway!".

*kamil - teman baru zack (baru kenal katanya...)

"what for?".

"lunch kat your place tadi. mak jah masak, sedap...".

"hahahaa... suppose i yg cakap thanks kat you coz sudi datang. sorry la tak cakap awal2. saja nak buat suprised."

"i see... hmmm...". duh, romantik la pula mamat nie. kalau la kat depan aku dah sure aku peluk2 dia time nie gak. ayooo, K. cemana nih...

dekat sejam kami berbual. rasa cam sepuluh minit jer. aku pun tak sedar.

"next week my birthday. you kena datang tau! as my very special guest...".

"K... K... kenapa nie?". aku tersentak. abg man menepuk-nepuk bahuku. alamak, berangan rupanya. malu... maluuu...

"ingat sapa?".

mana ada sapa-sapa. erm, abg dr mana nie?".

"gym...". wah, semangat betul abg aku sorang ni. petang-petang ahad camnie pun dia bantai gi gym. no wonder la body pun dah makin ketul2. ala-ala fit gitu. makin sayang lah si ary pas nih...

"K, abg nak kuar dinner kul lapan. ikut?".

"mana?".

"usj. gazebo."

gazebo. lama gak tak lepak sana. dekat je ngan subang jaya. leh ajak haikal sekali. lama juga aku tak kontek dia. teman lama actually. rajin dia join aku jogging petang-petang dulu di tasik permaisuri. apa khabar agaknya dia? aku cuba-cuba mencari nombor telefon si haikal. nasib baik jumpa...

"kal, datang tau. i rindu kat you!".

"ha'ah. iyelah tuh rindu. yg lama senyap apahal...".

"sorry dear... jumpa nanti kita borak2 ya!". klik!

gazebo, subang.

"hello, K! hai, bang man... sorry lambat. i singgah amik my 'papa'...".

"papa you? papa you ikut sekali ker... mana?".

"ish, you nie K. bukan papa i-lah! nie hah - my papa!". aku dan abg man saling berpandangan.

"hi, hisham...".

"K...".

"azman...".

"cute tak?". haiyoo... boleh la tahan. layannnn... kata farah fauzana.

"so apa cerita?". hah, itulah trademark si haikal tiap kali kami jumpa. selagi aku tak bercakap atau memulakan apa-apa, itulah soalan rasmi dia.

sementara abg man dok interview si hisham, aku borak-borak ngan haikal. seriously mmg dah lama gila aku tak jumpa dia. al maklumlah dah busy ngan catwalk sana-sini, nak kacau pun segan. tambah pula dah kenal bf baru nih. not bad juga pilihan si haikal kali nie. pilot katanya. entah betul, entah tidak.

"so you seeing someone? cepat la bagitau. tak sabar nih...". aku cuma tergelak.

"nope...".

"tipu!".

"hehehe...".

"baru kenal la. tak berani...".

"alah, bagitau je la. pleasee...".

aku mengalah. satu persatu cerita iskandar aku luahkan pada haikal. nyata dia mmg paparazi yg setia. ah, aku bercerita pun bukan apa-apa. belum tahu pun aku dan si is macam mana. sekadar berkongsi cerita apa salahnya. sekurang-kurangnya ada juga yg mahu mendengar apa yg kurasa saat ini.

"baru semalam? K, u memang bitch!". kami sama-sama tergelak. abg man dan hisham berpaling.

"i pasti dia mmg suka kat you. hah, you janganlah pula nak buat hal lepas nie. layan dia bebaik. ingattt... lelaki baik2 nie bukan selalu muncul tau! tengok macam i...", seraya menjeling hisham. tersipu-sipu mamat tuh.

well, aku akui. aku nie bukanlah baik sangat pun. nak dapat lelaki baik bukannya senang. tambah2 dalam dunia plu nih. susah.

aku kembali mengingati saat lunch tadi. betapa ceria wajah iskandar. dia tak henti2 menceritakan perihal aku waima pada mak jah sekalipun. segan pula. hmmm...

K.

No comments: