Saturday, December 22, 2007

ep. 17 : di atas normal

pertanyaan amira tempohari menyedarkan aku kembali di mana tempat aku berpijak.

"K, you takde girlfriend?".

"kalau ada kenapa?".

"erm, bagus dan tak bagus!".

"maksud you?".

"bagus sbb awak tu bukannya makin muda cik abang oii. umur pun dah masuk dua puluh empat! tak bagusnya... err... melepas la saya! hahaha...".

“ err… mira dah ada boyfriend ?”.

aku tidak tahu dari mana aku mendapat kekuatan untuk bertanyakan soalan yg sama padanya. kulihat wajah amira selamba sahaja. dia sekadar tersenyum. agak lama dia membisu. amira berpaling merenung ke arahku.

“kalau mira cakap dah ada, macam mana?”. ark! betul ke? melepaslah aku…

“hmm… kalau macam tue, K lah lelaki paling malang di dunia.”

“eh, kenapa pulak?”.

“yer lah, sebab tuan puteri amira natasya sudah menjadi kepunyaan orang!”, ujarku dan sekali lagi cubitan amira melekat di peha kiriku. auww!

tika dan saat ini jiwaku terasa kosong dan keliru. aku bingung dalam menilai diri sendiri. berdosa sangatkah aku sehingga keadaan bagaikan sering tidak berpihak padaku ? itulah satu persoalan yang hingga kini tidak bisa kujawab. satu-satunya persoalan yang membuatkan aku seringkali menyalahkan tuhan. wajarkah?

jika benar dia benar berkuasa atas segalanya, mengapa seringkali aku diletakkan dalam lingkungan mereka-mereka yang bernasib malang? mengapa??

Gt. Holland, Frinton, UK

"Is, oh no! Look at you my dear! Kamu nampak teruk. Ingat orang di Malaysia?”. Iskandar berpaling seketika. cepat-cepat dia menyembunyikan gambar K. dia tersenyum memandang ke arah joshua, satu-satunya teman rapat sewaktu di universiti dulu.

Hampir seminggu dia ke mari. Suhu di Great Holland yang turun ke 13° hampir membekukan hatinya. 

Iskandar mengeluh. Jarak pekan kecil ini dari Kota London kira-kira hampir 134.5 kilometer ternyata tidak bisa melumpuhkan ingatannya terhadap K.

“err, kamu dari mana, josh? gembira aje aku tengok.”

“dari ladang. tolong pak cik toby memetik buah epal. err… boleh aku tau, gambar siapa yang kau sembunyikan tu?”. iskandar serba-salah seketika. malu dia kalau joshua tahu yang dia merenung gambar K, kekasihnya. oh, sorry - bekas kekasih.

“teman wanita?”. iskandar geleng. joshua merenung ingin tahu.

"betul kau nak tahu?". joshua angguk.

“aku rindukannya. terlalu, josh... terlalu...” ujar iskandar sambil menghulurkan foto K kepada joshua.

"he's cute, man! pandai kau cari...".

“aku teringin nak ke tasik. boleh kau temankan aku?”. usul iskandar tiba-tiba. dia segera memimpin joshua bangun. perlahan-lahan mereka bergerak keluar menuju ke arah tasik.

“aku pasti kamu tentu masih ingat lagi sewaktu pertama kali kau bawa aku ke sini dulu. seronok bukan? ketika itu musim bunga…”. joshua cuma tersenyum.

“dan waktu itu kau cuba untuk menggoda aku sedangkan patrick ada di sisimu!”.

iskandar tergelak. ingatannya serta-merta terkenangkan patrick. lelaki Sweden yang pernah menjadi pasangannya sebelum K. hampir dua tahun dia bercinta dengan lelaki itu namun hubungan mereka putus sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. patrick nyata tidak dapat menerima keputusannya. dia pasti Joshua juga tentu masih ingat semua tu.

“macam mana dengan K. kau masih berkeras untuk tidak menghubunginya?”.

iskandar tunduk. dia kabur bila disoal tentang K. ah, kejamkah dia?

“entahlah, josh. aku sendiri pun tidak tahu apa yang harus aku lakukan. kau tahu, aku sangat rindukannya. saat ini, mahu sahaja aku terbang ke malaysia dan segera memeluknya. takkan kulepas sampai bila-bila. tapi aku tak berdaya melakukan semua itu. aku perlu mengikut kata-kata papaku. kau faham-faham sajalah orang tua ni kan...".

joshua menepuk perlahan bahu iskandar. dia tahu betapa dalamnya cinta iskandar terhadap K. mereka telah lama saling mengenali antara satu sama lain. malah, dia telah masak dengan perangai iskandar. walaupun mereka telah meninggalkan universiti dan membawa haluan masing-masing namun persahabatan keduanya tetap utuh. dari zaman gila-gila, kaki disko, siapa tak kenal mereka. hidup sosial adalah sebahagian dari kehidupan mereka.

“kuatkan dirimu, is. aku pasti, kau kan tabah menghadapi semuanya. aku akan sentiasa berada di sisimu, percayalah…”.

“thanks, josh.” joshua angguk perlahan.

dari jauh jelas kelihatan awan senja kian merangkak sampai ke penghujungnya. cantik, iskandar hanya mengucapkanya dlm hati. alangkah baiknya jika di saat itu K turut berada di sampingnya di bumi UK ini. oh! iskandar cuma mampu mengeluh.

"hai!".

"eh, hai!".

"kamu, K kan?".

aku mengganguk perlahan. cam kenal...

"datuk yusoff... uncle iskandar. we met masa kat butik dulu, remember?". aku ingat-ingat lupa.

"jemput duduk!". aku serba-salah.

"err, maaf ya datuk. saya nak cepat ni. ada interview pukul sebelas!".

"interview? kerja..? di mana?".

"artech design. tingkat 28." ujarku berterus-terang.

"oh, ic. kamu graphic designer?". macam mana ya...

"masih belajar. saya cuma nak pohon part time. hari tu ternampak...".

"ok, ini kad saya... nanti kamu tunjukkan aje pada encik rahman. nanti tau la dia...".
ark?

dah pukul dua. mana si amira nih. janji nak lunch. aku melilau-lilau seketika sekitar central market. dah lama tak datang sini actually. rasa cam pelik pun ada. hehehe...

"hey! sorry. i'm late...".

"hah, datang pun! ingat tak sudi...".

"alah, kalau K yg ajak... kuali astro mira tadahkan tau!".

"hah, dah sudah. jgn nak bermadah lak. jom K belanja. dah lapar ni!".

"dapat ke?".

"dapat apa...".

"interview tuh la...".

"nak citer la ni. apa-apa jom makan dulu!".

"mana..?".

"ginger?".

kami ke ginger di tingkat dua bangunan central market. kami borak2 sementara menunggu hidangan. amira happy mendengar ceritaku. honestly, aku sendiri pun tak sangka dapat position kerja tu tadi. walaupun hanya part time, aku yakin sekurang-kurangnya aku bisa buktikan sesuatu pada syarikat. sementelah waktu kerjaku juga fleksibel. langsung tak mengganggu study. thanks to datuk yusoff sebenarnya. ya, nanti sahaja aku akan menghubunginya...

"mahu jumpa saya?".

"yup! datuk sudi..?".

"ah, untuk K tentu saja. bagitau je di mana, bila?".

"bora ombak. sabtu, lapan setengah...".

set!

hari yg dijanjikan...

"K selalu lepak sini?".

"yup! selalu gak. ikut kawan. main futsal kadang2."

kami memilih ruang makan di bahagian dalam. berbanding gazebo, di sini lebih privacy dan tenang untuk berbual. tak sangka juga actually datuk yusoff sudi menerima pelawaanku. ye la, dia sapa, aku sapa. takat remaja baya2 aku ni, pelik gak bila dia cam tak kisah je. ingatkan nak ajak syafik sekali tadi tapi mamat tu ada hal la plak. nak gi party kawan lisa ke apa ntah. tak kisah la. lepak-lepak ngan datuk yusoff ni pun kira orait gak. apa aku cakap semua dia masuk. layan kata org.

"dah lama kenal iskandar?". aku terkedu seketika. tak sangka-sangka soalan itu akan diajukan datuk.

sekadar mengangguk, aku membiarkan datuk yusoff terus diburu persoalan. mee mak bonda kuhirup perlahan. panas bah!

"mana anak-anak datuk sekarang? diorang dah kerja?". soalku sekadar mengubah topik perbualan.

"ohh... anak-anak saya. erm, semua dah besar panjang. paling tua now dekat new zealand. dah lima tahun menetap di sana. lain-lain, kartika dan isyika masing-masing membuka perniagaan sendiri...".

"ohh...".

"K dah jumpa rahman di artech kan? dia tu anak saya...".

ark? aku jadi tak tentu arah seketika. segan pun ada. patut la sesenang aje encik rahman kasi aku kerja. anak datuk yusoff rupanya. no wonder la...

"err, jadi...". datuk yusoff tersenyum.

"maaf saya tak tau encik rahman tu anak datuk...".

"it's ok. kamu tak perlu risau. rahman baik. dia akan tunjuk-ajar kamu. lagipun saya dah tengok sebahagian dr kerja-kerja kamu. good job!". ark! bila masa la pulak ni...

aku makin pening. apa-apa la...

"K, how's you work? ok?". uh, mira...

aku menekup phone ke telinga. suasana di bilik printing agak bising.

"ok... ok... where are you?".

"on the way ke sana. i nak jumpa seseorang...".

"jumpa seseorang? huh, who?".

"adalah. lagi sepuluh minit i sampai...". klik!

amira.

"K!".
"mira... eh, macam mana you tau ofis i nih? i thought nak tunggu you call dulu tadi...".

"mira biasa kat sini. erm, K jom lunch! mira lapar...".

"err, mira takde kelas ke?".

"now cuti sekolah la. K lupa yer?". uh, ya...

"ok bang, mira curi K kejap ya!". sempat amira menjengah ke bilik encik rahman. abang?

"mira kenal encik rahman?". amira tersengih.

"K tak tau?".

"tau... tau apa?". keliru dengan pertanyaan amira.

"encik rahman - dia tu anak datuk yusoff...".

"jadi...".

"jadi... mira ni adik dia...". ark! sekali lagi aku hampir terduduk. duh, permainan apakah ini... makin pening aku...

"mira adik encik rahman? anak datuk...?". aku speechless tiba-tiba.

"dan selama ni, mira tak bagitau K yang...", cepat-cepat mira meletakkan hujung jarinya ke bibirku.

"mira tak nak K salah anggap pada mira. mira ikhlas nak kawan ngan K. masih ingat insiden di tasik permaisuri dulu? mira terharu bila K sudi menolong mira...". oh!

"K percaya pada takdir?". aku merenungnya.

"mira percaya takdir telah menemukan kita...". gulp! aku mati kutu.

K.

No comments: