masuk hari keempat aku di kota bharu. dah lama aku tak pulang ke mari. ke kampung mama yg aku kira dulunya begitu indah dan damai sekali. kesan pembangunan agaknya. sana sini, jalan di tar, dibuat baru. rumah pun dah macam2 bentuk. nah, pasti bagi aku yg jarang2 pulang ke mari, asing jadinya. kali terakhir, ya raya lepas. sama abg manku. oh, kali ni dia tak ikut. aku pulang sendiri sahaja. nasib baik juga ada si saiful ni. boleh gak buat teman, borak-borak, jalan-jalan.
kenduri.
masing-masing sibuk. ke sana-ke mari. hidangan. uh, nasib baik catering. org kampung? ada, tapi masih tak cukup tangan. gitulah. zaman sekarang semua org mahu pantas. makan pun pantas. bukan lupakan adat, tetapi ikut keadaan. kata org, lain ulu, lain parang. kahwin dulu-dulu bolehlah. sekampung datang menolong. tak lokek.
"along! cepat gi depan nuh. kawan along datang...", zulaika, adik perempuanku memanggil.
"kawan along?". aku kaget. kawan mana lak nih...
aku ke depan seperti yg disuruh zulaika.
"masyallahh..!". aku urut dada. terkejut melihat wajah syafik, lisa dan... amiraaa!!
syafik paling awal menghulur salam. dituruti lisa dan amira. kedua-duanya hanya tersenyum memandang wajahku yang pucat lesi. tak kusangka sama sekali mereka akan mengunjungiku hingga ke sini.
"maafkan ira, K. ira yg bersalah. ira datang ni pun atas jemputan ika. kebetulan syafik dan lisa cuti jadi ira ajak diorang sekali temankan. erm. K sihat?".
aku cuma diam seraya mengangguk perlahan. lidahku kelu untuk berkata apa-apa. masih terperanjat dengan kemunculan mereka barangkali.
"ya, K. yg lepas tu, lepaslah. amira pun dah minta maaf ngan you. kita datang jauh ni. tak nak jemput masuk ke?". kata-kata lisa membuatkan aku tersedar jap.
"oh, oh... maaf. jemputlah masuk. jap, i mintak orang sediakan hidangan ya! duduklah!".
"kau dah berisi...". syafik cuba menarik perhatianku. aku senyum dengar syafik mengusik.
"tapi masih kacak. nasib baik i dah jadi tunang syafik!". tokok lisa.
"eh, eh... u all dah bertunang? bila? tak jemput. sampai hatiii...".
"sampai hati apanyaa... kau yg jauhkan diri dr kitorang. puas aku, lisa dan mira cari kau tau tak. abang is pun cari kau...".
serta-merta aku rasakan guruh bagaikan berdentum kuat sebaik sahaja syafik menyebut perkataan "abang is".
"is, abang kau? cari aku..?". syafik angguk.
"tak faham...". aku memandang wajah syafik, lisa dan amira silih berganti.
"iskandar dah balik ke malaysia. dia cari you. rata-rata dia tanya. kami tak tau nak jawab apa. kasihan pula i tengok dia...". celah lisa panjang-lebar.
"cari i??". aku tak pasti adakah ini adalah khabar gembira atau sebaliknya buatku. yg pasti kenyataan lisa dan syafik tadi membuatkan perasaanku berbaur. antara suka, sedih dan bingung, bercampur. aku memandang amira. gadis itu cuma tunduk. adakah amira masih menyimpan perasaan terhadapku? atau adakah tujuan amira kemari untuk memujukku mungkin? uh, jika itulah sia-sia aku kira. tapi bagaimana dengan is... iss... err, iskan... ermm...
"ya allah, K! kenapa tak diusik lauk2 tuh? bertuah betul budak nih. jemputlah kawan-kawan makan tu kan sejuk lauk-lauk tu semua. hah, miraaa... hah, sapa nama lagi dua tuh, jemput, jemputt... jangan malu-malu!". tiba-tiba muncul nek imah dr dapur membawa bunga telur.
"hah, ye lah nek. rancak layan si K ni berbual. maklumlah dah lama tak jumpa!".
"K!". kuss semangatt. tersentak aku disergah saiful.
"nek imah panggil. pi la bilik dia. nak kasi angpau gamaknya."
"tong air nih. tolong!".
"bak aku uruskan. kau pi jer jumpa nek imah tuh. kang manggil lak lama tunggu." aku tinggalkan tong air yg kosong tak berangkat. konon-konon rajin lah nak tolong kemas. orang pun dah tak ramai so kemas je la mana yg patut. kang takde la sepah sangat.
"kawan-kawan kamu semua tu tadi dah balik ya, K?".
"ha'ah nek. diorang check in kat hotel. besok balik KL. nape nek?".
"takder lah. nenek suka tengok kawan-kawan kamu tu tadi. bagus budak syafik tuh. sesuai benar dia dengan si lisa. amira pun baik. sopan. sejuk nenek lihat budak-budak perempuan dua orang tu."
"lain macam jer bunyik, nek. ada apa ni nek.. hah, mesti nak kenakan saya ni...".
"alah, kamu tu yg pandai main sembunyi-sembunyi. nasib baik si ika yg cakap. amira tu pernah mengajar di tanah merah ya dulu?".
dah aku agak dr awal zulaika yg buat cerita. nak kena adik aku sorang nih.
"alah, nek. itu cerita lama. K kenal dia masa raya hari tuh. itupun ika yg kenalkan. sekali tu aje lah K nampak dia nek. erm."
"betul kamu takde apa-apa ngan dia?".
"betul nek, sumpahh!". aku buat-buat mengangkat tangan.
"alah, longg. kalau betul pun apa salahnya. kak ira tuh baik apa. ika suka masa dia ngajar kat sekolah dulu. tak garang!". celah zulaika tiba-tiba. entah dr mana munculnya. ish, ini lagi sorang. kecik-kecik lagi dah pandai nak kenakan abang die...
malam itu aku mengajak saiful ke hotel tempat syafik, lisa dan amira menginap. kebetulan mereka tengah bersiap-siap untuk keluar.
"ke mana?".
"ikut sahaja...". aku dan saiful berpandangan.
sengaja aku suruh saiful drive kereta kak ana, kakak dia. agak-agak cam tak muat keta je kan. at least selesa juga kalau nak jejalan.
"K, bleh mira naik keta aku?". eh-eh, lain macam aje bunyi permintaan si saiful ni...
"kau ajak la dia. buat apa tanya aku lak...".
"thanks!".
kami ke medan ikan bakar di pengkalan chepa. tau pula si syafik nak pekena ikan bakar kat sini. aku pakai ngikut aje. yelah, nama aje orang kelantan, tapi kalau jadik tour guide mmg fail aku. serah kat saiful okay la. dia mmg mat kelantan pure. huhuhu...
"K, is ada kat sini actually. kami bawak dia sama. cuma dia segan nak jumpa kau siang tadi. dia takut kau belum bersedia. is yg mintak aku bawak kau ke marii...".
"is whatt?? ada di sini..? ohh...".
syafik, kembar iskandar cuba menenangkan aku. lisa cuma membatu di belakang. agaknya mahu biarkan lelaki-lelaki bercakap. aku cuba menumpu pada pemanduan. mana tahu miss pulak kereta si saiful kat depan. bukan main lagi gelak2 dalam kereta ngan si amira. nampak!
"kau pasti nak jumpa bang is? kau sedia?".
aku memandang tepat2 ke mata syafik dan lisa, silih berganti.
"kenapa baru sekarang? kenapa baru hari ini?". itulah dua persoalan yg bermain-main di benakku sekarang.
kami melangkah memasuki ke perkarangan restoran ikan bakar yg terletak berhampiran lapangan terbang. jantungku berdegup kencang. rasa nak gugur bila-bila masa sahaja.
demi tuhan, aku belum bersedia...
K.

No comments:
Post a Comment