Saturday, December 22, 2007

ep. 18 : toyboy

aku mundar-mandir seketika. exam tinggal dua hari saja lagi. apa pun aku belum study. mati kali ni. longgokan buku2 rujukan di atas meja itu kubiarkan. aku ke dapur. terkocoh-kocoh membuat milo.

"slurrrppp..", kuminum perlahan. panas.

teringat ada movie baru ditayangkan. aku cepat-cepat menyelak akhbar.

filem baru hans. macam menarik juga. tak tunggu lama aku terus je sms. senang. cepat dan mudah. malas nak beratu pepanjang.

aku pantas bersiap.

tiba-tiba terdengar suara amy mastura membebel sendiri. oh, lupa. bunyi ringtone rupanya. petikan "bintang hati". baru aje kusetkan tadi.

"ya, hello...".

"uh, kau... bukit bintang? ok, ok... jam berapa? hurm - ya. aku datang sekarang!".

zack.

"maaf susahkan kau. tapi datuk suruh beri ini. nah!". aku mengambil sekeping sampul kuning dr tangan zack.

"apa nih?". zack cuma menggeleng. dia semacam gelisah. matanya melilau memerhatikan sekitar.

perlahan-lahan aku mengoyak sampul berkenaan. uh, ada cek!

"dua ribu ringgit?!". mataku terbeliak memandang jumlah angka-angka yg tertulis di cek berkenaan.

"datuk kasi nih? why?". zack menggeleng.

"aku cuma diamanahkan untuk beri pada kau. itu sahaja!".

aku masih bingung. tak tau nak cakap apa.

"ok la aku gerak dulu. dah lambat nih!". zack mula bangun. aku terpinga-pinga sendiri.

"zack, nanti!".

"sorry!".

lain benar sikap si zack sekarang. jauh berbeza. teringat lima bulan lepas ketika dia datang ke rumah mencariku. wajahnya sugul. zack nampak kurus sekali berbanding awal-awal aku mengenalinya dulu.

"K...".

"ya?".

"aku sedih...".

"AJ?".

"kau masih cintakan dia?". soalanku mati tidak berjawab.

ah, sesungguhnya perpisahan itu menyakitkan. jika dulu zack telah melaluinya, apatah lagi aku sekarang. pemergian iskandar turut membawa pergi seribu satu kenangan pahit yg tidak bisa kupadamkan dr ingatan. pertama kali aku merasakan demikian.

ah, cinta. mengapa perlu ia hadir jika sekadar untuk menyakitkan hati dan perasaan?

dr bkt bintang, aku terus drive menghala balik ke rumah. mood untuk menonton wayang di klcc hilang begitu sahaja. berkali-kali aku mengerling sampul kuning pemberian datuk yusoff yg disampaikan oleh si zack tadi. dua ribu ringgit bukannya sedikit. apa maksud datuk? hati dan fikiranku bercelaru. ah, aku bingung...

"ting, tonggg...!".

aku pantas menjenguk menerusi lubang pintu. amira! apa dia buat kat sini...

"eh, mira...".

"hai, K! sorry kacau. kebetulan mira datang rumah kawan tadi. saja singgah sini. busy ker?". aku geleng. erm, cemana nih, nak jemput ke...

"masuklah!".

"you sure?".

"yup, masuklah!", ulangku lagi. amira dah pun masuk. aku mempersilakannya duduk.

"jap, ya. K pi dapur jap. sorry la rumah messy...".

tak sampai limah minit aku keluar semula sambil menghulurkan segelas minuman jus buat amira.

"eh, susah-susah aje!".

"actually mira ingat nak ajak K keluar. itupun kalau K tak busy-lah."

"er, K baru je balik tadi. jumpa kawan kat kl. penatlah!". dalihku. harap-harap amira mengerti.

"uh, ok. sorry lah. mira tanya je. ok la mira balik dulu yer!". aku angguk. amira telah pun bangun melangkah ke pintu.

lega!

entah la - moodku agak kurang baik sejak bertemu zack pagi tadi. aku berkira-kira untuk menelefon datuk yusoff sendiri tentang hal ini tapi, ah... nanti-nanti la. apa yg ingin kutanya?

isnin pagi.

awal-awal lagi aku melangkah ke ofis. encik rahman belum sampai. hanya ada dua, tiga org staff je yg kelihatan duduk berborak sesama sendiri. aku sepatutnya ke kolej hari ni. saja singgah di ofis dulu. mana tau kot-kot ada kerja yg boleh dibereskan sementara menunggu waktu kelasku bermula. tambahan aku ingin bertemu datuk. kata shima, setiausaha encik rahman tadi datuk akan ke artech pagi nih.

"eh, K. awal kamu hari ini? takder kelas ke?".

"encik rahman. er, ada... ada. kul sebelas nanti. saja saya datang ofis dulu kot-kot ada keje yg nak disiapkan. nanti saya terus je ke kolej."

"oh, ok. bagus la. tapi jangan pula sampai abaikan pelajaran."

"terima kasih...".

"oh, yer K. saya nak kuar jap pergi meeting kat bangsar. boleh kamu paskan dokumen ni pada datuk nanti? shima akan follow saya...".

"oh, ya. ok... nanti saya kasi sama datuk."

jam hampir ke pukul sepuluh. lagi sejam aku harus bergegas ke kolej. mana datuk yusoff nih? sambil tekun membuat beberapa layout design, mataku tak putus menjeling sampul kuning semalam. aku harus berjumpa datuk juga. mesti...

sepuluh setengah...

"datuk yusoff!".

"eh, K! kamu belum ke kolej lagi?".

"saya nak serahkan ini...". aku hulurkan dokumen yg diamanahkan.

"uh, ok. shima mana?".

"dia ikut encik rahman...".

"ok. ermm...".

"err, datuk... maafkan saya. saya tak boleh terima duit nih!". ujarku seraya menghulurkan kembali sampul kuning berkenaan.

datuk yusoff kelihatan tenang.

"saya ikhlas...".

"tapi datuk...".

"takde tapi-tapi. ambillah. saya ikhlas. lagipun ada sesuatu saya nak bagitau kamu. erm. jumpa saya malam ini di concorde malam ini. saya tunggu kamu."

aku tercengang. datuk yusoff dah pun berlalu.

concorde?

tepat jam lapan malam, aku tiba di hotel concorde. seperti yg dijanjikan, aku mengikut arahan datuk yusoff. dia telah sedia menungguku di lobi.

"kita makan dulu ya. nanti saya cerita!".

aku melangkah dengan penuh tanda-tanya.

sejam berlalu. aku dan datuk yusoff hanya berbual2 sambil menikmati makan malam. namun pengalaman kali kedua bersama datuk yusoff agak lain kurasakan.

datuk lebih berani bergurau dan bertanyakan aku soalan-soalan sensitif. erm, tak perlulah aku jelaskan di sini bentuk soalannya. kalian faham-faham sendiri aje la yer.

"maafkan, saya. K tak selesa ya?". aku buat-buat senyum.

"no, i'm fine. kenyang!". dalihku.

"ok, jom ikut saya. kita ke atas!".

"ke atas? buat apa...". soalku sendiri. aku hanya menurut...

"nah, ini lagi tambahan untuk K. kalau tak cukup beritahu...". aku mengambil sepucuk sampul yg dihulur datuk. sama seperti sampul yg disampaikan zack pagi semalam.

ada not seribu di dalamnya. aku kaget.

"erk, apa makna semuanya ini datuk? saya... saya tak faham...?".

datuk yusoff tersenyum memandangku seketika.

"saya mahu awak...". gulp! terduduk aku mendengar pengakuan datuk yusoff.

"maksud datuk?".

"saya mahukan awak, diri awak!".

dah kuagak dr awal datuk menyimpan perasaan terhadapku. meskipun kuagak mustahil pada mulanya, namun reaksi datuk yusoff sejak kebelakangan ini mencurigakan aku.

ah, gila... gila...

"saya tahu tentang hubungan awak dengan iskandar...".

saat itu juga aku rasakan bumi seakan bergegar.

"saya mahu tebus kesalahan saya...".

"tebus kesalahan? apa maksud datuk...".

"panjang ceritanya... duduklah. biar saya jelaskan satu-persatu...". aku teragak-agak sebenarnya. mana tau datuk yusoff apa-apakan aku. tenaganya jauh lebih kuat aku kira.

"tenang... saya takkan apa-apa kan awak. percayalah. duduk!". aku akur.

hampir seminggu aku mogok. moodku untuk berkerja hilang tiba-tiba. aku banyak habiskan masa di lab sahaja. berkali-kali shima menelefonku. alasan? aku sakit. ah, biarlah. jika encik rahman mahu berhentikan aku pun aku tak peduli. pertemuan dengan datuk yusoff di hotel tempohari membuatkan aku jadi keliru dan buntu. satu persatu kisah silam hubungannya dengan iskandar (yg aku kira tak patut aku tahu) terbongkar. antara marahkan is dan kesal dengan kerakusan serakah datuk yusoff sendiri menjadikan aku mangsa keadaan.

"boy ko free malam ni?".

"sapa... K! uh, kau. lama hilang. ingat dah lupa aku...".

"busy la beb. jom kuar?".

"frangi?".

"erm, tempat lain? frangi bosan la."

"ok, kau tunggu kat rumah. jam dua belas aku sampai."

"ke mana?".

"ada la...".

aku melirik jam. hampir ke jam sebelas dua puluh lima. ada lagi setengah jam lebih kurang untuk bersiap. mandi lebih kurang, aku capai jeans dan kemeja seed kegemaran.

"woo... smart kau! dah pandai bergaya sekarang!".

"peww... kuar ngan ngan artis. nanti jatuhla saham aku."

lama tak kuar ngan budak boy nih. memasing busy manjang. ntah mana la dia nak bawak aku kali nih. ah, ngikut ajelah. janji leh release tension.

tiba di persimpangan sheraton, boy membelok ke kiri. uh, heritage rupanya. hurm.

"pernah masuk the loft?". aku geleng. jarang aku ke kelab2 straight nih. ah, takpe. bila lagi kan.

tiba di entrance, seorang lelaki yang berpakaian kemas telah sedia menunggu. aku agak dia dalam lingkungan lewat 20-an. kawan boy barangkali.

mereka berpeluk-pelukkan seketika.

"kenalkan, K. K, ini azmi. dia manager kat sini." aku angguk sambil bersalam dengan azmi.

malam itu aku hanya mengikut sahaja ke mana boy pergi. sesekali aku cuba enjoykan diri. the loft yg mulanya begitu asing padaku bisa aku kuasai. suasananya lebih kurang di MT sahaja. bezanya aku sukar mengecam minoriti plu di sini. discreet barangkali.

"first time?". tegur satu suara. aku menoleh.

azmi.

"ya!". jawabku sepatah.

"drink?". azmi sudah menghulurkanku minuman. aku mengambilnya.

vodka...

ah, aku hanyut seketika.

tiba-tiba...

"uh, sorry!".

"it's okay." seorang lelaki terlanggar bahuku. airku tumpah sedikit.

"i ganti...".

"no, it's alrite...".

"you sure?".

"yeahh.. sure."

"ermm... i'm herry!".

"uh, hai herry. i'm K!".

"K?".

"yeahh... juz K." bukan sekali org pelik bila mendengar namaku.

"you alone?".

"nope. with friends. you?".

"kawan juga. jom, lepak sana?". herry mengajakku ke balkoni. ah, terasa lega seketika. bunyi bingit muzik dr dalam agak tidak kedengaran dr luar nih.

"you dari mana?".

"er, cheras. you?".

"uh, dekat saja. i dari taman desa. abadi villa. tau?". aku angguk. tak sangka. dekat la pula dia tinggal.

"hey, apa you guys buat kat sini? dating ya!". azmi dan boy datang menghampiri.

"kawan you?". herry menyoal boy. masing-masing tergelak. kenal rupanya.

hampir ke tiga pagi.

"i hantar you...", herry menawar diri. aku memandang boy.

"sure you nak hantar dia?". boy meminta jaminan.

"trust me sweety!". aku yg separa mabuk itu hanya menurut. boy balik ke rumah azmi. baru aku tau, bf dia rupanya. dalam diam gak si boy nih.

seperti yg dijanji, herry menghantarku balik. sepanjang perjalanan kami tak henti-henti berbual. dr satu topik ke satu satu topik yg lain. tak sangka si herry nih lulusan oversea rupanya. dia salah seorang eksekutif di salah sebuah firma kejuruteraan terkemuka di KL. terasa segan pula.

"bila boleh jumpa lagi?".

tanpa menjawab soalan herry, aku melangkah turun dr kereta.

"i'll call you!". ujarku seraya membuat isyarat telefon. herry hanya tersenyum. dia faham maksudku.

artech design.

"saya mahu berhenti...".

"tapi K, kenapa? awak bagus...".

"semuanya dah saya nyatakan dalam surat tuh. maafkan saya encik rahman. saya tak mampu nak teruskan. saya harap encik rahman faham...".

"sibuk dengan pelajaran?". aku geleng. suasana di bilik pengarah grafik itu agak tegang seketika. aku cuma memandang lantai. tak daya nak bertentang mata dengan encik rahman di hadapan.

"macam nie je la. syarikat masih perlukan awak. saya juga perlukan awak. awak bagus, K. saya beri awak cuti tiga hari. awak fikirlah masak2. jangan buat keputusan terburu-buru. ok?".

terharu aku mendengar kata-kata encik rahman. surat notis berhenti kerja tadi kuambil semula. sebaik keluar, beberapa orang staff melirikku ingin tahu. aku buat bodoh sahaja.

"kak shima, lunch jom!".

"eh, K kan dah janji ngan mira. nanti apa pula kata dia...".

"it's ok. Mira busy hari ini. K sorang je...". aku pantas menarik tangan shima. terkebil-kebil dia mengikutku. kami ke one utama.

"mira... abang nak tanya sikit."

"ada apa bang?". amira duduk mengadap abangnya. lain benar air muka abangnya kali ni. mesti ada sesuatu yg serius ingin diperkatakan.

"mira ada jumpa K dua, tiga hari ni?".

"dah seminggu K ngelak jumpa mira. mira pun tak tau sebabnya. kenapa bang?". amira mula resah.

"erm, takde apa. K minta resign pagi tadi. dia datang jumpa abang. tapi abang tolak. abang kasi dia cuti tiga hari. sayang. K tu berbakat!".

sungguh amira terkejut dengan tindakan yg diambil K. salah diakah?

amira segera bergegas ke biliknya. dia mencapai handphone lalu segera mendail nombor K.

damn! talian di luar kawasan.

ke mana dia pergi agaknya?

desa petaling.

"dah lama abang tunggu saya?".

aku menoleh.

khairul!

"hampir sejam...".

"sorry ya. ada hal kat kedai tadi...". aku hanya senyum.

teringat kali pertama aku menegurnya di seven eleven dulu. perawakannya manis. paling kusuka senyumannya. tubuhnya juga agak tegap. terlalu janggal untuk lelaki seusia khairul memiliki tubuh setegap itu. ah, mungkin juga asalnya dr kampung. banyak buat kerja-kerja berat, ulasku sendiri.

"sudah makan?".

aku geleng. [ lihat tubuhku sahaja, hatiku terasa kenyang! ]

kami ke ABC berhampiran. sebetulnya aku jarang ke warung mamak. tapi disebabkan khairul yang mengajak ditambah pula hanya itu satu-satunya restoran makanan yg ada di area rumahku, aku agree saja.

"kenapa abang pandang saya macam tu?". soal khairul agak sinis.

aku tergaru-garu seketika. alamak, obvious la pulak. erm.

"saja. suka!".

"abang suka saya ya?". duh, mampos!

"kalau ye kenapa?". soalku agak berani.

khairul terdiam. dia seperti memendam sesuatu.

"kamu gay?". kali ni aku berterus-terang. ah, malas nak pusing-pusing dah.

lama juga khairul memandangku. dia seperti cuba membaca sesuatu dr air mukaku.

khairul geleng.

"habis tuh?".

"tapi saya suka abang...". erk? gulp!

"suka yg macam mana?".

hurm.

"entah la. pertama kali saya nampak abang dulu, saya dapat rasakan sesuatu. abang mengingatkan saya pada seseorang."

"siapa?". soalku tidak sabar-sabar.

"arwah pak cik saya. saya rapat dengannya...".

"teruskan...".

"erm.. takpe la bang. lain kali saja. eh, kita nak ke mana lepas ni?". sey, dia potong lak dah. baru nak feel.

"khai nak gi mana? awal lagi nih. kita jalan2 kat bukit sana nak. lepak-lepak, tgok view KL...".

"ok, set!". tanpa sedar aku menggengam tangan khairul. dia buat-buat tak perasan. atau dia memang tak kisah. opss!

"K, we need to talk!".

"apalagi yang awak nak , Mira?".

"you dah berubah! sebelum ni, K tak macam ni...".

"i'm fine. cuma stress sikit."

"banyak kerja?". aku angguk. wajahku tepat memandang ke anak matanya. mohon pengertian. mujur juga suasana di restoran nelayan itu agak lengang.

aku buat-buat mengerling jam. ah, lambatnya. bosan! tergesa-gesa aku rush dr kolej tadi ke ofis. ingat ada apa. rupanya si mira nih yg nak jumpa. kelam-kabut aku dibuatnya. panik juga shima tadi melihatku.

"jom balik. K hantar ya!". amira mendengus perlahan. aku ke kaunter membayar bil makanan.

K.

No comments: