Saturday, December 22, 2007

ep.19 : mentari muncul lagi

ah, jiwaku kacau-bilau. pusing. balik aje dari menghantar amira, aku ke sunway piramid. plan nak balik rumah je, tapi awal sgt. erm, jalan-jalan, tengok orang pun best gak. suppose aku masuk ofis tadi. ahh... cam malas lak. kelas pun dah beberapa hari aku skip. ntah la. otakku sesak. macam-macam yg aku fikirkan.

beep.. beepp...

sms datuk.

[ K, you kat mana? datang kondo now. i need you! ]

ahh... ni satu lagi masalah. lepas satu, satuu... anak dengan bapak.. sama!

tapi masalah ni, aku yg cari sendiri. jika dr awal, aku tak layan datuk tentu dia tak kemaruk nak kasi aku macam2. nah, apa lagi yg aku mahu... duit, rumah... kereta... petik jari aja. org tua tak sedar diri tuh pasti memberiku... hampir apa sahaja!

"K materialistik...!".

"K, you gila... toyboy... jual diri...".

ah, org bisa berkata apa sahaja...

ini K la. K tak kisah dengan cacian. K tak mati dek kejian. pergi matiii semuaa!

"K, you ok sayang?".

aku melangkah memasuki ruang tamu kondo tiga bilik itu. kelihatan datuk telah sedia menantikan kedatanganku. seboleh mungkin aku cuba senyum bila bersama datuk. malas diaju soalan yg bukan-bukan nanti.

"mari sini sayang... i rindu you!". datuk telah pun merangkulku. erat. aku cuma membiarkan. ah, tak luak pun. datuk perlukan teman, dan aku... perlukan belaian dan kasih-sayang. adil bukan?

"mana you pergi tadi? lambat balik... dr jam satu i tunggu you tau...".

"i got class. sorry...". ujarku memberi alasan.

"nah... i bought you something. open it!".

"apa nih...". aku menyambut pemberian datuk yusoff. perlahan2 kubuka balutan kotak segiempat itu.

"uhhh.. woww!". seutas jam tangan DKNY yg mmg menjadi idamanku selama ini. tapi er, wait... macam mana datuk tau?

"how?". datuk yusoff cuma senyum.

"rahsia...".

"tapiii...

"a-ahh. no tapi-tapii... you like it?". aku terpaksa mengangguk.

pasti amira yg memberitahu. atau mungkin datuk mengintip gerak-geriku. ya boleh jadi. kerap juga aku ke KLCC ushar2 jam itu (ushar je la... nak beli tak mampu pun). erm, tak kisah la. janji brg yg kuidam-idamkan kini telah berada dalam genggaman.

"thanks!".

"thanks aje?". datuk buat-buat muncung. aku faham isyarat datuk. dah arif benar fi'ilnya.

"K mandi dulu ya? panas...".

saat ini aku berperang dengan perasaan sendiri. aku hanyut dalam rentak permainan datuk yusoff. hampir dua bulan secara rasminya aku menjadi toyboy atau lebih tepat lagi... 'lelaki simpanan'nya. sumpah! aku tak mintak semua nie... ah, kalau lah bisa dipulangkan iskandar kepangkuanku...

"mati-mati i ingat you dah tak kenal i lagi...".

aku terkejut. tak sangka akan bertemu herry di sunway piramid ptg itu.

masih ingat lagi sewaktu dia menghantarku pulang dr the loft dulu. bukan tak mahu call tapi rutinku yg agak sibuk membataskan aku untuk bersosial. tambah lagi aku sudah terikat dengan komitmen terhadap datuk yusoff. itulah perjanjianku. datuk pasti bising jika mendapat tahu aku mempunyai hubungan dengan siapa-siapa di luar pengetahuannya.

"can i buy you drink? kita ke starbucks...". aku hanya mengikut. risau juga. mana tahu gerak-geriku diperhatikan org2 datuk. ah, nak takut apa. aku bukan buat salah pun. takat gi minum jer.

"apa you buat kat sini? dah tak studi lagi?".

"still. but i tinggal kat area sini dah sekarang. no more KL. sini fun. happening!".

"alone?". serba-salah aku untuk menjawab soalan herry.

"nope. wif some friends. err, you... apa you buat kat sini? i thought you stay kat melawati. jauh tuh...".

"i jumpa client tadi. so kebetulan dah ada kat sunway nih, i jalan-jalan la jap. tak sangka pula terjumpa you. tuah i agaknya!".

"tuah you? HEHHE...". tergelak aku mendengar kata-kata herry.

"tuah terjumpa balik org sehandsome you...". erk! ke situ plak...

"eleh, ikhlas ker?".

"untuk you bukan ikhlas ke tak, tapi satu anugerah...".

wah, pandai juga si herry nih bermain kata rupanya. aku hanya tunduk menahan malu...

hari berlalu. masa berganti. aku kini tidak lagi bekerja dengan syarikat encik rahman. datuk tidak membenarkan. dia hanya ingin aku tumpukan pada pelajaran.

soal belanja, makan-minum semuanya dia akan uruskan (uh, aku hanya perlu melayannya sahaja!). berat juga untuk aku buat keputusan pada mulanya. macam2 alasan aku cuba create untuk buat encik rahman percaya. ingat dulu dia pernah reject resign letterku.

"saya kasi awak cuti. balik dan fikir dulu!".

nah, kali ini apa pula alasanku... duh!

biar pecah diperut, jangan pecah di mulut. tak dapat kubayangkan jika encik rahman dan amira tahu yg aku nie adalah lelaki simpanan a.k.a. toyboy datuk yusoff, bapa mereka sendiri!

"You sayangkan i?".

aku terdiam seketika.

"K... sayang i?".

bisu.

"K...".

"uh, sorry... apa tadi?".

"you ingat siapa nih... i kat depan pun you tak peduli...". datuk buat-buat merajuk. aku membelai mesra raut wajahnya. kasar.

"sayang...".

"betul...?". aku cuba kuatkan hati. angguk!

K.. apa yg kau lakukan nih...

kau kejam is... kejammm!!

sekali lagi bayangan wajah iskandar mengetuk benak fikiranku. gila!! sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan dia...

dan, buat kesekian kalinya aku lemas dalam pangkuan datuk yusoff!

"K! suratt..".

"dari siapa...?".

"ntah. pompuan...". ema menghulurkan aku surat. kami berjalan beriringan ke kantin kolej.

"siapa?".

"peminatt...". ujarku berseloroh.

"huh, ada ke peminat. geli aku!" cebik ema.

"amiraa...".

"amira..? apa dia nak...".

"...jumpa K di tempat biasa lapan malam ini ya. mira tunggu...". terngiang-ngiang baris yg ditulis amira di dalam suratnya. pelik. kenapa amira perlu menghantarku surat. tak pernah-pernah pun. jumpa terus je kan senang...

hmmm.

"kau serius nak jumpa dia?". aku serba-salah untuk menjawab soalan ema.

"pergilah K... mungkin ada something yg important amira nak bagitau kat you. mana tau...", tegas aina.

"ya, K... aku pun setuju dengan aina. kau pergilah. aku pasti amira nak bagitau kau something. you shud go and see her. mana tau hubungan you guys boleh baik semula." zafir pula mencelah.

aku memandang ke wajah ema. dia hanya membatu. selalunya minah nie la yg paling kepoh.

"akuuu... er.. aku... apa-apa je la. up tou you!".

naili's ampang.

dah lama aku tak ke sini. rasanya hampir setahun. peww... lama tuh. dah byk perubahan yg berlaku. kalau tak kerana ajakan amira yg ingin bertemuku, tak mungkin akan kujejak lagi ke mari. ke sebuah tempat yg byk menyimpan suka-duka dan kenangan aku dan iskandar.

"K sihat?".

"yup, mira...?".

dia cuma mengangguk perlahan. ada sesuatu yg cuba disimpan oleh amira sebenarnya. sesuatu yg hanya dia sendiri bisa merungkainya.

amira serba-salah. perasaannya berbaur. tambah pula dah beberapa bulan mereka tak keluar bersama. lebih-lebih lagi sejak K resigned dr syarikat abangnya beberapa bulan lepas. dia sedikit kekok untuk memulakan perbualan.

"ada apa mira nak jumpa K?".

"err... mira.. miraa cuma nak minta maaf!".

"minta maaf..? kenapa? mira tak buat salah apa-apa ngan K."

"ermm... mira dah tahu semuanya...".

"maksud mira...". K mula gelisah.

"ermm... mira faham kenapa K tak boleh terima mira. mira takkan paksa K lagi. mira tahu, mira tahu siapa K...".

"huh?".

"K, bertaubatlah...!".

dummm! terasa seperti bom atom meletup disekelilingku. lidahku kelu untuk berkata apa-apa. kulihat air mata amira mulai bertakung di wajahnya.

"jadi mira dah tahu ya?".

perlahan-lahan amira angguk. dia menunduk.

"how..? boleh K tahu...". amira geleng.

"takpe lah. K tak yah tahu itu semua. yg pasti mira takkan kacau K lagi selepas ini. but pleaseee... tinggalkan ayah mira... mira rayuu...". huh?

kali ini bom atom kedua pula meletusss... lebih dasyat kurasakan. seluruh nadiku berhenti berdenyutt...

"itulah kau! ikutkan sangat perasaann... tengok apa dah jadi now! dari dulu lagi aku dah cakap. jangan buat kerja bodoh camtuh. kau ingat dengan melayan si datuk tua tuh kau boleh balas dendam dengan iskandar?! huh!".

dah hampir setengah jam si haikal membebel. bila la mamat nih nak berhenti nih. dr tadi aku hanya buat-buat melayan si bubu, patung beruang kesayanganya.

memang aku bodoh! pentingkan diri sendiri... tamak!

tengok, dah terkena batang hidung sendiri!!

"kal, sorry kay... dah la.. semua salah aku. aku ngaku. yg kau nih tak habis2 nak bebel kat aku ngaper? mira tu cuma cakap suruh aku tinggalkan bapak dia...

plus dia tahu aku nie gay... so apa kau nak buat... terima cinta dia, camtuh??".

"kau memang... dari dulu sampai sekarang tak pernah nak seriuss! dah la, tak kuasa tau bebel kat kau... bak bubu aku tuh! aku nasihatkan patung nih pun lagi bagus tau!".

duhh.. apa aku nak buat sekarang. nak tak nak terpaksa la aku balik semula ke rumah abg manku lepas nih. haikal betul. aku terima cakap-cakap dia. zahirnya, mmg aku yg salah. aku tak patut mulakan semua nih. ianya buatkan hidup aku jadi tambah complicated kata org. buat apa nak cari masalah lagi yer tak?

demi menjaga hubungan datuk dan amira (serta family mereka) aku sanggup beralah. biarlah datuk nak cakap apa pun, yg pasti dia tak perlu tahu ttg ini. itu janji aku pada amira malam tadi. amira juga akan merahsiakan perkara ini dr pengetahuan keluarganya esp. datin maya, isteri datuk yusoff.

ok deal!!

"welcome home!".

aku tersengih. dengan pantasnya AM datang mendakapku. air dicincang takkan putus. biarpun aku dan dia bukanlah punya apa-apa pertalian darah, namun hubungan kami sama seperti adik-beradik sendiri. aku terharu abg man masih sudi menerima kukembali.

"gila! masakan abang nak buang K macam tue aja... you're part of this house...".

"hey, look. lihat siapa...".

"khairul!".

"yup! we're together now...". uh! gembira aku mendengarnya. khairul budak yg aku 'kacau' di seven 'E' dulu tuh now dah jadi iparku pula... hahaha... what a small world...

"hey, c'mon. ceritalah! how...".

"ah, nanti... busuk! dah, pergi mandi dulu. hah, haikal... letak beg! jangan ngada nak balik awal. makan sini. kita dinner sama-sama. abang masak lebih tuh...".

haikal tak jadi nak balik. mmg dia agak tak selesa dengan abg manku. bukan apa, mereka agak 'kureng mesra' sikit especially bab-bab hubungan PLU nih. pantang bertemu, silap haribulan rumah boleh tukar jadi court plak nanti! huhuhuhu...

K.

No comments: