Saturday, December 22, 2007

ep.23 : bila harus memilih

[ K, trust me rashid cuma nak mainkan perasaan you. i’m sory bukan niat i nak reka-reka cerita. i lebih kenal dia. call me. we should meet. i akan cerita semuanya.]
awal2 pagi lagi aku dah terima sms dr seseorang yg tidak kukenali.

ah, peninglah. kenapa semua org cam concern sgt pasal hubungan aku dengan rashid nih? teruk sgt kah rashid tu? atau ada yg cemburu barangkali??

seharian aku dok memikirkan pasal sms tadi. last2 aku call juga nombor tuh.

“hey, thanks for your call. aku jamal, dari ampang. kau mahu tau cerita? kita jumpa memana...”.

entah kuasa apa, aku terima sahaja pelawaan errr... sapa nama dia tadi, hah... jamal. dan petang itu, aku ke midvalley. nasib baik senang parking. aku tunggu di starbucks coffee aja.

“maaf lambat. jam!”. ah, biasa. alasan tipikal. aku ngomel sendiri.

“apa you nak cakap sgt tuh?”. soalku tak sabar-sabar.

“relaks dulu. kita order drink. err, you nak minum apa? i belanja…”.

hampir lima belas minit pertama si jamal ni asyik dok bercerita soal background dia aje, hobi, warna kegemaran, apa kejadahnya. aku dah mula bosan.

“i slept with him!”.

“huh, siapa?!”.

“rashidd...”. ujar jamal terus-terang tanpa berselindung.

“bi… bila…?”. aku sedikit ragu-ragu dengan pengakuan jamal.

“tiga kali. last week!” ada riak bangga dalam kata-katanya. duuummm! rasa bagaikan persekitaran midvalley tu bergegar seketika. dushh… dushhh… aku mula rasa cam dah nak sekeh kepala ni.

“you bergurau…”. ujarku hampir tergelak. harap jamal hanya memain.

jamal cuma senyum. dia menyuluh rokok.

“you bertuah, at least dia lebih cintakan you. compared to me, i cuma dapat 'rasa' body dia aje...”, ujar jamal selamba. sekali lagi aku rasa cam nak sekeh kepala sendiri mendengar jamal berkata begitu. rasa jijik pun ada. kali ni, kata-kata jamal hampir menguasai diriku.

“you boleh jumpa dan tanya rashid sendiri. he’s a good player…”.

serta mata otakku terbayangkan wajah haikal, halim, ema, aina dan zafir… silih berganti. memasing seolah ketawa mengejekku.

“padan muka!”. masih terngiang ayat terakhir si ema beberapa hari lalu. pedas dan terus terkena batang hidungku.

“K, jom kuar. aku nak pi kedai buku jap.” ajak saiful, sepupuku. aku masih lagi dalam kebingungan.

“hey, kau ok?”. agak lama aku terdiam. bisu lima saat.

“ya… ya. ok. ke mana?”.

“kedai buku. aku ada test la sok. kena buat revision sikit. teman ya!”. aku angguk akhirnya. mmg aku agak rapat ngan si saiful ni. satu-satunya sepupu belah mamaku yg paling ngam. dia ni bakal guru tapi perangai cam bebudak. lulusan perniagaan dan akaun tapi gila juga kadang2. sesuai la. sekepala ngan aku. dan, oh, dan dia pun sama (he's g**!). cuma seleranya agak pelik sedikit. saiful ni 'makan' dua-dua. ingat lagi, hampir-hampir si lia, teman sekolejku jadi mangsa romeonya. ntah la. kadang-kadang aku pun terfikir gak, sampai bila nak jadi macam ni. nak kata ada steady pun, dari dulu sampai sekarang… macam ni aje. asyik single je. lelama nanti dapat title andartu aku.

“K, kau drive ya? lesen aku lom renew laa…”.

“laaa… hah, ye lahhh..”. saja tau. tengah2 nak feeling ni la dia suruh aku drive la, apa laa…

balik dr kedai buku kat kota bharu, aku ajak si saiful ni minum2 kat perdana beach resort. saja dah lama tak pekena bubur pisang kat sana. best!

“cemana hubungan kau ngan rashid? kau dah jumpa dia tanya…”. aku geleng.

"tak sempat...".

“hey, jangan tunggu lama-lama tau. nanti dia mainkan perasaan kau. teruk nanti…”.

“pul… kau rasa, aku sesuai ke ngan dia?”.

“err.. kau nak mintak pendapat aku ke?”.

“yalah. kalau tak watpe tanya…”.

“okay. aku jujur ya. Errmmm… no, no... and NO!”.

huh.

“alasan…?”.

“macam mana dengan hakimi? kau tak nak dia? lagi handsome apa...”.

aku diam seketika. mendengar saiful menyebut nama hakimi membuatkan aku kembali teringat peristiwa di bilik sewa tempohari. hampir-hampir aku masuk dalam 'jerat' hakimi. yes, mmg aku gay. dan aku juga punya perasaan terhadapnya. tapi bukan dengan paksaan. hakimi tak berhak nak memaksa aku untuk… ah, tak sanggup aku nak ulang kembali mengingati detik2 hitam malam itu. patut la dia baik semacam selama ni. ada udang disebalik batu rupanya.

“K, pleaseee… sekali aje. i teringinnn…”.

“no! you dah gila, kimi. you nak, you buat sendiri!”.

K, pleaseee… i really like you! s*** me!”. aku terus menolak hakimi lalu berlari keluar dr bilik. mati-mati aku ingatkan dia normal. sama sekali aku tak terfikir hakimi bisa membuat permintaan gila itu tadi. sia-sia aku hormatkan dia selama ni.

dari hari itu aku cuba mengelak semua panggilan dan sms dari hakimi. malahan kunjungan hakimi ke bilik sewaku juga tidak kupeduli. hakimi sudah seperti orang asing bagiku. dia mungkin punya daya penarik, malah hakimi juga bekas rakan sekolah dulu, jaguh sukan. ah, aku kira aku cukup mengenalinya (dan pernah menggilainya!), namun ternyata aku silap. hakimi sekarang berbeza. lelaki yg mempunyai nafsu binatang seperti itu tidak layak untuk mempunyai tempat di hatiku.

“K, maafkan aku. aku bersalah. trust me, i won’t do that again to you. aku janji!”.

“K, kita jumpa? berilah peluang aku menjelaskan…”.

sia-sia sahaja hakimi aku merayu. terus-terang sedari malam itu, pintu hatiku telah tertutup sama sekali untuknya. masakan ingin berjumpa, dengar saja namanya pun aku mula loya. ini soal prinsip. aku menghormatinya sebagai kawan. jangan disoal ttg perasaan. itu cerita lain.

“K, tengok tu… handsome-lah!”. aku menoleh. serta-merta awan kumulus si hakimi hilang dari benakku.

“pergghh… kalau dapat tuh, harus tak keluar rumah seminggu!”. aku dah lali sangat dah perangai sepupuku ini. si saiful ni kalau bercakap, lupa kiri-kanan.

“weh, kau tunggu jap yer. aku nak pi approach dia jap!”.

huh, berani mati la sepupu aku ni…

“excuse me. ada lighter?”.

terpinga-pinga jap si mamat handsome tu. aku tepuk dahi.

tak sampai lima minit, saiful kembali.

“dapat?”.

“hey, see the leg la. dia ajak lepak pantai. jom!”.

huh? aku terbeliak. biar betul…

“kawan you, dia pun sama juga?”. saiful menoleh. aku sedang ralit bermain air.

“oh, itu sepupu i. dia dr KL. now cuti. kenapa, berkenan?”.

“err, cute. macam you juga…”.

“eeiii… nakal!”.

dari jauh aku melihat kemesraan antara saiful dan husni, si mamat handsome yg dia tackle masa kat café resort tadi. memang ngam diorang tuh. tak sangka plak lelaki straight macam husni tu bleh sangkut kat saiful. tapi apa nak hairan, sepupu aku tu pun boleh tahan orangnya. jambu. silap-silap kalau drag, org bleh terconfuse jap. maybe naluri kami berbeza. dr segi luaran, baik saiful mahupun aku sendiri, hakikatnya kami tetap lelaki. terus-terang, aku sendiri pun prefer menjadi lelaki berbanding wanita. bangga beb! cukuplah feeling-feeling cantik je kadang-kadang (hahaha.. mati la berangan jap katanya!). tapi, opss! itupun kena control gak. mana tau dah terbiasa nanti mahu plak terpecah lobang depan famili. haruuu...

“K, jom!”.

“aik, awalnya nak balik. dah puas ke?”.

saiful mencebik.

“so how?”.

“dia straight-lah!”.
"so?".
"borak-borak je la. tapi, aku rasa dia suka aku... hahaha...".
"huh? kau tanya dia ke?".
"alah, masa nak balik tadi pun dia cam berat hati je nak lepaskan aku. aku memain jer...".
"kau memang... balak keliling pinggang. romeo!".
saiful hanya tersengih. hari beransur senja. kami ke kereta. senja di pcb membuatkan aku terbuai seketika. tinggalkan anginnya yg sempat aku palitkan duka. oh, alangkah indahnya jika aku bisa terus di sini. melayan rasa, pejamkan mata. uh, wajah siapa?
rashid!

K.

No comments: