Saturday, December 22, 2007

ep.26 : andai di situ adanya bahagia

"selamat kembali encik K!". aku mendongak. terpacul wajah shamir di anak tangga. dia tersengih. tangannya pantas mencapai salah satu dr beg yg kubawa.

"rinduu!", ujar shamir tanpa berselindung. aku tak pasti dia bergurau atau sebaliknya.

"penat la, mirr...". balasku dengan nada lesu.

"nah, minum. horlicks ais! aku buat masa ko sms tadi...". aku senyum. mug bertukar tangan.

"cemana train, ok?".

"aku tidur the whole trip. ngantuk!".

"rehatlah. nanti lunch aku kejutkan. kita lepak jusco." aku angguk.

"hey, thanks...".

"no prob. apa-apa panggil keh!".

pelik gak aku dengan si shamir ni kadang. dah hampir 3 bulan aku dok sini, awal2 dulu takde plak dia sebaik camni ngan aku. aku akui dia mmg peramah cuma lately ramahnya lain macam lebih2 lagi sejak kimi dah tak mengungjungiku lagi. tak mungkin shamir tahu apa yg berlaku. ah, maybe dia ikhlas nak berkawan, apa salahnya. tak baik syak wasangka. hmm...

jusco.

"lapar!". shamir mengusap perut.

"tenpayaki?".

"set ja...".

"jom!". kami ke restoran tenpayaki di tingkat bawah. tak ramai pelanggan yg bersidai. ah, elok juga. lagi cepat leh makan. jam pun dah hampir ke pukul tiga. aku yg lambat bangun tadi. cian shamir sanggup dia tunggu aku gak. huhuhu.

"hey, K!". duh, tak sempat aku nak mengelak. hakimi menghampiri. aku pandang muka shamir. dia menggetap bibir.

"hmm, hi...".

"er, aku dengar kau balik kampung. bila sampai?".

"tadi pagi. hmm, sorang?". ujarku seraya menjeling perempuan kat sebelah hakimi.

"oh, eh. sorry. my girlfriend - kenalkan, mas. mas, ini kawan i, K... shamir."

aku sekadar berbasi-basi. tak kuasa nak layan hakimi sebenarnya. nasib juga shamir cepat2 ajak aku blah tadi. terus-terang aku masih tak dapat lupakan kejadian malam tu. ahh, abaikan...

"K, u ok?". aku mendengus perlahan. dadaku turun-naik. berombak seketika.

"K, sorry kalau aku busybody. mind to share?".

"no, nothing. i'm fine. hey, banyak kau order. larat ke makan?".

"ish, tukar topik plak. erm, tak syok la ko nih. ada masalah ke?".

"aku ok lah. cuma...".

"jealous?". serkap shamir.

pantas aku menggeleng. tolong sikit!

"it's ok. later aku bagitau. hey, makanlah!".

malam.

aku hanya lepak2 di bilik. kemas apa yg patut. seminggu balik kampung bilik pun nampak cam dah tak terurus. buku2 pun berselerak. gesa-gesa aku balik hari tuh tak sempat nak susun semuanya. leka aku mengemas, kedengaran pintu diketuk. aku menguak perlahan.

kimi!

"apa kau nak?".

"beri aku masuk, pleasee..?".

"maaf, kimi. kau cakap aje apa kau nak then boleh balik."

hakimi mendengus perlahan. dia memandang sekeliling sebelum kembali menatap anak mataku. aku tega memandang wajahnya.

"please, K. aku ada something nak bagitau. let me in...".

memang dasar aku lemah. pujukan demi pujukan dr hakimi melunturkan aku.

"i miss you...".

dah aku agak. hakimi ni gila agaknya. geli anak tekak aku mendengarnya. terang-terang aku nampak dia berkepit ngan pompuan siang tadi kat jusco. alih2 cakap rindu kat aku plak. huh.

"K, seriously... aku rindu ko. sejak malam tu...".

"kimi! jangan kau nak cakap lagi pasal malam tu. kalau kau dtg ni semata2 nak ungkit apa yg berlaku dulu, pleaseee... dipersilakan keluarrr!". anginku mula menyinga. entah kenapa aku benci tiap kali mengingatkan kejadian malam itu. cukup-cukuplah.

"K, aku tahu kau keliru, aku juga. berilah aku peluang. aku.. akuu... sa-sayangkan kau, K!". tak tunggu lama, aku bergegas mengetuk pintu bilik shamir. terpinga-pinga mamat tu melihatkan aku seperti org kelam-kabut.

"nape, K? ada masalah?". aku menjeling hakimi yg serba-salah di muka pintu. shamir seperti faham situasiku. tanpa disuruh aku segera menyelinap masuk ke biliknya. shamir keluar seketika. dia menutup pintu bilik. kedengaran seperti orang bercakap2 di luar. tidak jelas. tak sampai sepuluh minit shamir kembali ke bilik. dia mengusap2 perlahan belakangku.

"relaks, K. aku dah suruh dia pergi. apa berlaku nih?".

"hmm... takde apa la, mir. hey, thanks ya. bantu aku tadi...".

"perkara kecil. tidur sini saja ya?".

"erm, ok."

shamir segera memberiku bantal dan selimut. aku rebah di sisi shamir. kepalaku pusing. mengingatkan kunjungan hakimi tadi, tak mustahil dia akan datang lagi lain kali. makin hari aku rasakan hidupku makin berserabut. lepas satu, satu. belum lagi habis cerita iskandar, now hakimi pula...

"K, apa lagi dok khayal tuh. tidurr la." aku lihat mata shamir pejam. aik, cemana dia tau aku lom tido? gelap plak tuh. kelakar la dia nih.

"sejuk la, mirr...", ujarku bergurau.

"sejuk ya? meh sini aku pelukk!". shamir segera menarikku. dia buat-buat seperti mahu memelukku.

"ish, sakit la woii. mana aci. badan ko lagi besar dr aku...". aku cuba melepaskan diri.

"hah, tadi kata sejukk!". shamir mula meleraikan tangan.

"alah, peluklah. best plak!".

"gatal!".

malam itu terasa begitu mendamaikan. pertama kali aku membiarkan shamir memelukku. aku belajar sesuatu tentang dirinya - shamir bersifat melindungi. aku suka.

K.

No comments: