aku ke rak kasut. sah abg man tidur luar. rumah ary maybe.
ah, lapar pula. aku ke dapur. cuma tinggal biskut kering sahaja. cuci muka, capai kunci - aku ke 7E. tak jauh. ingat nak drive tp cam malas pula. ah, jalan je la. bukan jauh pun. pepagi camnie best gak. tenang.
"haloo K. mau pigi mana? sudah pagi la!". terkejut aku. anil, pak guard india yg selalu ramah menegurku.
"kedai...", ringkas aje aku menjawab. bukan apa, jawab lelebih nanti terover plak si anil nih.
aku meneruskan langkah.
7E.
aku cuma mengambil dua tin coke dan sebungkus nasi lemak.
"terima kasih, datang lagi!". ucap si cashierboy. aku sempat menjeling tag yg dipakai. khairul. cute juga.
"tinggal mana?".
si khairul cuma tersengih.
"flet sana...", sambil menunjukkan deretan flet2 di hujung taman. aku angguk.
"abang?".
"ceria. ceriadesa apt. bila off?".
"besok. nape? ada plan ke...".
"bak no. nanti aku call...". pantas sahaja khairul menulis nombor handsetnya.
"017-228... okay, i'll call you tomorrow!".
aku segera berlalu. berani juga. dah lama aku tak buat camtuh.
sampai aje umah aku terus ke dapur. makan la beb. lapar giler dah nie. sempat juga on handset jap. wah, pepagi camnie pun ada sms masuk...
[K, need to see you tomorrow. urgent. jumpa aku 10pm kat sentral ya!]
duh, apa la si zack nie nak?
erm, maybe dia nak cakap pasal iskandar. ah, apa-apa la. malas aku nak fikir sebenarnya. bukan aku declaire apa-apa pun. baru je kawan tiga bulan. kalau dia nak blah camtuh je pun aku apa peduli? life must go on. ini K la. sekali petik, sepentas show kak ani datang tau!
hahaha... statement je sebenarnya. dalam hati, tuhan je tau perasaanku.
huh!
"K, apasal kau lambat pick up? dapat sms aku tak? berkurun aku tunggu kau kat sini. datang ke tak?".
"apa kau nak? malas la...".
"teruk la ko. aku ada hal penting nih. siap lekas. aku pi umah!".
"wow, cakap la. ada apa?".
"pasal is! dah la cepat siap. aku datang. now!".
iskandar!
"ma, napa daddy layan is camnie?! is dah besar la, ma. is berhak tentukan jalan hidup is sendiri. daddy tak patut paksa is camnie!".
puan sri katty hanya membisu. dia tak mampu nak melawan kata-kata tan sri ishak. hitam kata suaminya, hitamlah.
"ma, pleasee... cakap la kat daddy! is tak nak pergi. is tak nak bertunang dengan su!".
"is, sabarlah nak... kau ikut je cakap daddy. lupakan K. ingatkan tuhan iskandar! daddy buat tuh untuk kebaikan kau juga...".
"arggghhhh...! selama nie daddy tak pernah pedulikan perasaan is, perasaan mama! ada daddy amik tahu apa yg berlaku dalam rumah nie? no! daddy hanya tau beri wang sahaja. selebihnya? dari is dan syafik kecil pun, mah jah yg jaga. makan pakai... mak jah yg uruskan. ma, please ma... is sayangkan K. tolong pujuk daddy, ma... jangan suruh dia paksa is camnie... is sayangkan K...". puan sri katty memeluk erat anak lelaki itu. iskandar bagaikan org hilang akal.
"ma, napa ma... bang is, nape nih?". syafik yg baru pulang terkulat-kulat. dia tidak tahu insiden apa yg berlaku.
iskandar menyeka matanya. dia tidak mahu syafik tahu.
"takder paper, fik. lisa mana?".
"fik, dr rumah dia lah tadi. temankan datin maimun sekali. datuk arif ke jakarta. long, napa long? apa yg berlaku...?". syafik mula gusar. dia resah jika kembarnya ditimpa masalah. baginya susah-senang mereka patut dikongsi bersama.
"ma, nape ngan bang is, ma?". puan katty masih membisu. dia tak sampai hati untuk memberitahu. iskandar menarik tangan syafik. mereka ke taman.
"fik sayangkan lisa?". syafik angguk.
"fik sayang along?". syafik angguk lagi.
"along cintakan K!". tercengang syafik seketika mendengar pengakuan alongnya. lidahnya kelu seketika.
"maksud along, K budak kolej yg selalu datang lawat along di hospital tuh?". soal syafik ragu-ragu. mati-mati dia tak sangka iskandar adalah gay.
iskandar angguk. kali ini airmatanya mengalir laju.
"fik mesti tolong along!".
"tolong? tolong apa...".
"tidakkkk..! no way. daddy tak setuju!!". tan sri ishak membengis. matanya tajam merenung ke arah iskandar dan syafik. puan sri katty cuba menenangkan suaminya.
"tapi, daddy...".
"takder tapi-tapi lagi. daddy akan hantar kau balik ke london bulan depan. sebelum tuh kau mesti terima suraya sebagai isteri! keputusan daddy muktamad!".
"daddy tak patut! is bukan budak kecik. is berhak tentukan hidup is sendiri...!". bentak iskandar.
"hidup apa yg kau cakap nih? hidup bergelumang dengan budak lelaki tuh kau katakan hak?! ajaran apa yg dah merasuk kau, hah?? daddy tak pernah ajar kau bercinta sesama lelaki. itu semua setan... maksiat!".
iskandar cuba mengawal perasaan. dia panas bila daddynya mencaci K dan hubungan mereka.
ahhh...!
iskandar berlari keluar. dia rela tinggalkan daddy-nya. dia rela tinggalkan mama, syafik. malah harta... dan semuanya. baginya K adalah segala-galanya...
aku bersiap ala kadar. dengar aje misscall si zack tadi aku terus bergegas turun.
tergamam aku melihat rav4 biru pekat iskandar tersadai di tingkat bawah.
"hey, apa tercegat lagi tuh? naiklah cepat. dah lambat nih!". aku pantas menurut.
"ke mana?". soalku. zack khusyuk memandu.
tiba di persimpangan jalan sg.besi, zack memberhentikan kereta.
"kau nampak keta jazz kat depan tuh?". aku angguk.
"pergilah. syafik akan bawa kau ke tempat iskandar. good luck dear!". aku yg masih kebingungan hanya mengikut sahaja.
"hi, fik!".
"hello... masuk lekas!".
terasa janggal seketika. itulah pertama kali aku berdua-duaan dengan syafik, kembar iskandar. dr raut wajahnya, mmg saling tak tumpah. sukar untuk membezakan mereka. cuma, berbanding iskandar, syafik lebih pasif kukira. dia lebih banyak mendiamkan diri. cam kekok pula tiba-tiba.
"so awak nie boyfriend abang saya ya?". duh, direct je dia menyoalku. pasti iskandar sudah menceritakan perihal kami.
"errr...".
"don't worry. i'm fine with that. saya faham along. dr kecil naluri dia berbeza...". syafik menarik nafas seketika.
"along gaduh ngan papa malam tadi. papa paksa dia ke london bulan depan. but before that, papa juga suruh dia bertunang dengan tengku suraya, anak datuk mansur. along refuse, dia lari dr rumah."
aku hanya mampu mengeluh. tak sangka begitu complicated jadinya. serta-mereta misteri kehilangan iskandar dr hospital malam tadi terjawab. kalau lah kutahu begini ceritanya sudah tentu aku sama sekali takkan melibatkan diri dalam hidup iskandar.
"err, di mana is sekarang?".
syafik diam seketika. sesekali dia tersenyum memandangku. gelagatnya buat aku kian resah.
"jangan risau. kejap lagi awak boleh jumpa dia."
syafik membawaku ke sebuah condo lama di jalan istana. sunyi saja tempatnya.
"jom. along saya dah tunggu awak kat atas!'.
aku mengikuti syafik ke lif. dia menekan butang ke tingkat lapan. uh, tinggi juga. kali pertama aku ke sini. tempatnya agak terpencil sedikit. kalau tak silap ada kubur cina di belakang tadi. seram.
"K!". iskandar terus menjerit sebaik sahaja wajahku terpacul di muka pintu. tanpa segan dia merangkulku erat - di depan syafik. aku kaget seketika.
"i miss you, baby!". ada air jernih yg mengalir dr kedua belah kelopak matanya. aku sekadar merenungnya. tak berkedip. lidahku kelu. tidak tahu apa yg harus aku tuturkan.
iskandar terus mendakapku. kejap. seakan tak mahu melepaskan. aku membiarkan. aku tahu iskandar terlalu rindukan aku. tapi terus-terang saat ini, jiwaku seakan kosong. aku tak merasa apa-apa. rindu? ah, pelik bukan...
aku dan kenangan.
sekuat mana pun cinta dan sayang iskandar terhadapku, aku harus belajar untuk menerima kenyataan. kenyataan di mana takdir aku dan dia bukanlah untuk membenarkan kami bersama. sementelah pula dia lelaki, dan aku juga lelaki. itu hakikat. satu fakta yg tak boleh diubah-ubah. aku terlalu menyerah? ah, tidak juga. untuk kebaikan dirinya juga. aku rela. andai iskandar bukan tercipta untukku...
"K, awak ok?". aku berpaling. hampir sebulan berlalu. sejak iskandar pergi, syafik dan lisa tak putus-putus cuba mendampingiku. aku hargai keikhlasan mereka. syafik terutamanya. dia baik. sama seperti iskandar. bertuah lisa mempunyai bakal suami sepertinya. saban waktu mereka bertanyakan keadaanku. dan seperti hari ini, kami singgah untuk lunch di putrajaya. kebetulan lisa ingin jalan2 di sini. sejak balik dr oversea, dia belum pernah jejak ke mari.
sesekali aku perasan, lisa asyik memerhatikan jam. dia seperti resah menanti sesuatu.
"ish, mana dia nih...".
"siapa?".
"adalah. rahsia...", ujar lisa manja. syafik di sebelah hanya tersengih-sengih sahaja. eh, macam berpakat pula.
"hah, tu dia...", ujar lisa happy seraya menujukkan ke arah sesorang. dr jauh kelihatan seorang wanita tinggi lampai bertudung menghampiri.
aku seperti cam wajah itu. eh, amira! amira natasya...
"hai... sorry lambat!".
"it's ok. kenalkan, K... K, amira, my best friend...". aku dan amira kelu seketika. what a suprised!!
agak lama juga aku dan amira macam terpinga-pinga. seterusnya kami hanya senyum2 saja sampaikan si lisa dan syafik pun dah macam pelik tengok kami.
"korang ada rahsia apa-apa ke?". tanya lisa cam tak puas hati.
"we met before-lah, lis...", ujar amira akhirnya memecahkan tanda tanya.
"wow, really? how? citer-lah!". lisa mula excited.
"later k? eh, apa u buat kat sini... tak sangka pula...". ya, terus-terang aku pun tak sangka akan bertemu amira di situ, di samping lisa dan syafik pula tuh!
"err... i... i temankan diorang lunch!".
"helloo... salah! we all yg temankan you okay?". getus syafik membetulkan. ha, yela.. yelah. apa-apa je. mmg asalnya aku yg mengajak mereka keluar.
amira mmg manis. aku hampir terlupa sejak pertemuan kami di tasik permaisuri minggu lalu. meskipun ini adalah pertemuan kedua kami, terasa seperti telah bertahun-tahun aku mengenalinya.
sejak dr makan-makan di putrajaya itu, aku makin rapat dengan amira. dr pertemuan biasa, amira sering menemaniku menonton wayang dan sebagainya. aku happy bila berada disampingnya. amira seorang yg easy-going dan peramah. byk juga cerita yg dia share denganku.
oh, ya hampir terlupa. actually aku pernah jumpa amira nie before. ingat lagi time raya lepas, waktu zulaika, adik perempuanku memperkenalkan kami di kampung? time tuh amira seperti malu2. aku pun ala-ala fobia ngan pompuan. terus blah camtuh je. tp now cam dah terbalik pula. entah mengapa amira seperti berjaya merobohkan benteng egoku terhadap kaum wanita. dengannya hidupku yg sunyi setelah ketiadaan iskandar kembali ceria.
sudah tentu amira sama sekali tidak mengetahui cerita-cerita silamku. aku pasti samada dia bisa menerimanya atau tidak. jalan terbaik, aku cuba merahsiakan dr pengetahuan amira. aku tak fikir amira bersedia.
"K, you takde girlfriend?". aku tergelak mendengar soalan amira sewaktu kami jalan2 di times square.
"kalau ada kenapa?".
"erm, bagus dan tak bagus!". aku mengerut.
"maksud you?".
"bagus sbb awak tu bukannya makin muda cik abang oii. umur pun dah masuk dua puluh empat! tak bagusnya... err... melepas la saya! hahaha...".
masing-masing tergelak. amira mmg pandai bergurau. itulah salah satu karekter yg paling aku senang dengannya.
"so?".
"apa yg so-nya...?".
"ada ke takde nih...". laaa... ingatkan dah habis tadi...
aku menggaru-garu kepala seketika.
K.
No comments:
Post a Comment