Friday, December 21, 2007

ep. 12 : andai kau tahu

hampir dua minggu berlalu. aku dan iskandar kian intim. susah nak terangkan sejauh mana keintiman kami. yg pasti, dia terlalu sukakan aku. terlalu. kadang-kala iskandar buat aku jadi segan dan keliru. kenapa? ah, perlukah aku bercerita. seakan membuka pekung di dada. hmm.

kisah-kisahku. ya!

aku bukanlah sebaik yg disangka. hidupku penuh noda. aku tak mahu iskandar juga terpalit sama. hari2 ku bergelumang cerita.

lelaki.

datang dan pergi. lee, zieman, edy, DA dan idham. nah, sebut sahaja. cuma antaranya. maaf, aku tak tujukan pada sesiapa. pada yg tahu, tahulah. layakkah aku untuk mendampingi iskandar?

"K, u okay sayang?". aku tersentak.

"macam tak sihat aja... i bawak u ke klinik ya!". geleng.

"it's ok. i'm fine."

"sure?". angguk.

"kalau camtuh kita lunch dulu. nanti habis lunch kita sambung shopping ya. u nak makan apa?".

"apa-apa...".

kami ke secret recipe di bawah lot 10. aku cuma memesan segelas oreo saja. tak berselera.

"sayang, please makan la apa-apa. takkan minum oreo je. kenyang ke?".

"it's ok. u makan dulu. kalau i lapar i order apa-apa later k."

aku membuka hp. saja off tadik. malas diganggu katanya.

uh, ada lima sms baru.

salah satu...

"i saw you u juz now kat isetan. ngan sapa? bf baru ya! wanna meet up?". DA!

aduh... masa bila la plak dia nampak aku nih. hurm. dah lama aku tak jumpa DA. rasanya hampir dua bulan kami terputus hubungan. aku sendiri yg mengelakkan diri. yer lah. separuh mati aku suka kat dia dulu. takkan nak jadi pipi tak mancung... opss, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pula. itulah perangai aku. cepat sgt melatah.

"baby, apakata u pindah je tinggal ngan i? my dad nak kasi kunci kondo baru kat hillpark nanti. tak yah la lagi stay ngan you brother. jauh kan nak gi kolej?".

"baby...".

"uh... ya... hah... apa tadi...". duh, sorry. tak sedar plak iskandar tanya aku something.

"kondo... ya... kenapa?".

"u ok ke tak nih... lain macam aja... i cakap pasal kondo la sayang. my kondo kat hillpark tuh. dah siap renovate dah. next month bleh pindah kot. i nak ajak u...".

"no!".

"uh?".

"no... wait... err, maksud i... ermmm... nanti... ya, nanti...".

"nanti? apa yg nanti? u tak sudi...?".

"no. maksud i, awal lagi la nak ckp benda2 camnie. kita pun baru aja kenal kan? cam sekarang nie pun ok apa. hari2 kita jumpa rite?".

"tak sama...". ada nada sedih dalam getar suara iskandar.

aku mati kata. tak tau nak cakap apa. tiba-tiba ternampak kelibat DA. dr jauh dia pun dah senyum2 kat aku. alamak!

"hai, K! lama tak nampak kat gym...".

"oh, dah jarang pergi...".

"kenalkan, iskandar. is, nie DA."

"hai...".

"err, duduklah!".

"no thanks. i tunggu kawan. dia masuk tower records jap. it's ok. saja nak say hi kat u tadi je."

"uh, ok. thanks. bye!".

"bye!".

aku perasan riak wajah iskandar lain macam.

"ex u?". aku buat-buat tergelak. cover sebenarnya!

"ex i...? ermmm... sort of! nape, u jelous? hehehe...". ex ker? ntah la. aku pun tak pasti.

"nothing. saja nak tau...". iskandar menyambung makan. dia pretend cam takder apa-apa. aku dapat rasa dia cam jealous. duh, susah juga ya.

kami ke bangsar selepasnya. si is nak gi butik kawan dia kat dalam BV. saja nak singah-singah. baru buka katanya. aku follow aje.

bangsar village.

"hah, mir. kenalkan... nie la K yg aku dok cerita2 tuh. K, this is my close-close frend, zamir. dia lah tuan punya butik ni. besar kan?".

aku memandang sekitar. boleh tahan juga bussiness butik ni ya. ramai juga pelanggan. kalau ramai contact ok la. aku pasti zamir nie bukan calang-calang.

"iskandar!".

aku dan iskandar berpaling serentak.

"uncle yusoff! eh, untie maya pun ada. what a suprised!".

aku cuma memandang gelagat mereka. bingung seketika.

"oh, sorry. kenalkan... my friends, K. this is zamir, boutique's owner...".

aku dan zamir pantas menyalami kedua-dua uncle dan untie iskandar.

"handsome-handsome teman kamu ya, is!". uncle yusoff memandangku. tiba-tiba aku jadi tak selesa.

"er, untie ngan uncle nak ke mana nih?". nasib baik iskandar pantas mencelah.

"uncle ada meeting ngan klien tadi. untie kamu nie hah, saja mau ikut uncle. bosan sorang-sorang di rumah katanya. dah berapa lama kamu balik ke malaysia? tak dtg jenguk uncle pun?". aku notice, mata uncle yusoff tak lepas-lepas dr melirik ke arahku.

"err... baru lagi la, uncle. tak sempat. insyallah nanti saya datang ya!".

"ok.. ok. kami gerak dulu!".

lega. bukan nak menyangka buruk, tetapi seperti ada sesuatu yg 'aneh' tentang uncle yusoff. riak iskandar juga seakan mahu menyorokkan sesuatu dr pengetahuanku. ah, mungkin andaianku sahaja.

"romantik kan?".

"siapa?".

"you uncle dan untie tadi...". iskandar sekadar mengangguk.

isnin.

aku ke kolej sepertimana biasa. sejak2 dah buka semester baru ni, pergaulanku dengan teman-teman lama agak terbatas. zafir, aina dan ema. boy apatah lagi. sibuk ngan shooting sana-sini. paling kurindu tentunya ema. perempuan separa lelaki itu becok sekali mulutnya. paling kusuka bebelannya. ah, mana dia hari ni. tak datang kelas ke?

"hey, K! apa kau buat kat sini?". aku pantas berpaling.

"zaki!" hampir menjerit aku.

"kau juga belajar di sini ya?". aku angguk. brader, gua dah nak habis pun...

"ko baru daftar ke?".

"a'ah. first sem. mak aku suruh sambung belajar balik...".

"oic. patut la. erm. dah breakfast?".

"skip. aku dah janji ngan cik beyonce kita nak lunch karang. ada kelas now. jumpa ko round 12. wait aku kat entrace kay?". cik beyonce? aku teringatkan sherry, yg rupanya ada iras-iras beyonce sikit.

"sherry u mean?".

"yup! hehehe...".

"orait, sure!".

zaki.

hahaha... tak sangka plak dia pun study sini. bagus gak. patah tumbuh hilang berganti kata orang. at least ada gak ler teman aku kat sini. tinggal aja lagi dua semester. ah, lamanya. ramai juga yg asyik bersoalku pertanyaan yg serupa.

"K, bila nak habis ni?".

"orang lain kalau umur u dah start kumpul reta tau. kawin!!".

erk.. kawin?!

no way!

perkataan yg paling kugeruni. tidak sekali-kali. jauhkan dr ku ya.

air mataku menitis.

K, u menangis?

no-la. aku menyeka perlahan. teringat mama.

mama dan sengketa papa.

buat sakit hati aja. sampai bila? ya, tak habis2. sudahnya aku dan ika yg jadi mangsa.

last aku balik raya dulu. ada juga ika dan mama bertanya.

"K, raya haji. tak balik?".

aku harap mereka bisa faham keadaanku. K sayangkan mama dan ika. kalian segala-galanya. betapa aku bencikan perempuan sekalipun, ika dan mama terkecuali.

"hey!". aku menoleh. ema!

"nangis? tak maluuu...".

"mana der. yang kau tiba-tiba muncul nie apahal? dah lupa nak bagi signal dah??".

"alah, lepak la. sorang je ke? yg lelain mana...".

"dah masuk kelas. tunggu kau aje...".

"sorry, lambat!".

K.

No comments: