Saturday, December 22, 2007

ep.28 : di sini mulanya bahagia

"K, mana you?".

"starbucks. tingkat tiga. panas kat luar!".

"ohh...". rashid pantas mendaki tangga eskalator ke tingkat tiga. tak semena-mena kereta dia pula buat hal tadi. terpaksa ambil lrt dr bangsar. damn!

"sorry, K. ada hal ngan sarimah kat bangsar tadi... biasalah, bussiness." dia menyorong kerusi. aku menyedut saki-baki vanilla frap yg tinggal.

"mahu order lagi? i belanja...".

"bleh gak. haks. kasi yg sama lah. i tak minum coffee...".

"tau. hehehe. jap ya!". rashid bingkas ke kaunter.

"job. hah, you kata ada offer. ceritalah!". tanyaku tak sabar2 sebaik rashid kembali dengan dua ice blended di tangan.

"sabar... sabarr... hehe...". dia membetulkan duduk. aku pulak yg macam cacing kepanasan.

"nah! isi now...". aku melihat beberapa helai dokumen yg dihulur rashid.

"wow, lom citer apa pun dah kena isi borang terus ker...".

"nak ke tak nak?". aku melihat2 seketika dokumen2 berkenaan.

NAT Cre... what??!

"err, waittt... you keje ngan mira ke?".

rashid senyum.

"you kenal dia?".

"tentu... er, i... i... hmm...".

"yeah, mira baru aje call i. you jumpa dia tadi kan?".

lidahku kelu. mati di situ. helaian dokumen2 tadi kuselak satu-persatu.

"so macam mana, berminat?".

di kepalaku hanya dua nama sekarang...

amira... datuk yusoff!!

menerima tawaran rashid ni bermaksud aku sengaja menempah bala. tolak pasal amira, biarpun dia dah pun jelaskan tadi kerja is kerja, nothing personal namun aku yakin perasaan amira tak banyak, sikit masih ada menaruh hati terhadapku. dan datuk yusoff pula, setelah hampir beberapa bulan aku cuba mengelak dr contact dengannya - offer rashid ini - arghh!

"beri i masa. kena fikir!".

"take your time. i pasti mira amat harapkan you. you bagus, K. we need you."

"err, bila you berhenti dr jixx record? setahu i you selesa di sana. good pay..."

"ah, luaran K. dalaman tak siapa tahu. i happy kerja ngan mira. dah 2 bulan. erm, okay la. i tak leh lama ni. ada hal nak kena pi puchong jap, jemput si lukman."

lukman?

"eh, sorry tak bagitau. lukman- my bf! hehehe...". wah, dalam diam si rashid ni dah bercouple rupanya. ingatkan kecewa aku menolaknya dulu.. tup.. tupp... dah dapat pengganti.

rashid berlalu. aku masih lagi dengan dokumen2 di tangan. rashid dan bf, datuk yusoff, tawaran kerja... amira. semua-semua ini pasti membuatkan aku tak lena tidur malam ni.

rashid - dah ada lukman. dapat aku bayangkan mereka happy. dan aku, masih lagi di sini, begini dan sendiri...

datuk yusoff - f*** him!

amira - harap2 dia ikhlas menerima saiful. aku yakin mereka sepadan. dan saiful, moga dapat menjaga amira. dia gadis yg baik!

*

"K, bangun! jogging...".

aku mengesat2 mata perlahan. berkali2 shamir mengetuk pintu. aku menguak perlahan.

"ada apa, mir?".

"jogging-lah! semalam iya-iya ajak aku. dah, pi basuh muka cepattt!". terpisat-pisat aku menurut. tak sampai sepuluh minit aku dah mengikut shamir ke bawah. kami ke parking.

"suprisedd!!". aku terkebil-kebil seketika. shamir berdiri bangga disebelah novus spectra.

"what?! kau punya ke??". ujarku seperti tak percaya. shamir menayang-nayang kunci kereta.

"mana kau dapat?", tanyaku macam orang bodoh.

"kedai basikal!! dah masuk cepatt. kang lambat lak...".

sepanjang perjalanan shamir hanya senyum meleret. saja la tuh nak buat aku teka-teki sendiri. geramlah.

kereta dihala ke tasik permaisuri. dah lama actually aku tak ke mari. masih ingat lagi - di sinilah pertemuan kali kedua aku dengan amira dulu. ah, memori.

"aku ada something nak bagitau...". aku memperlahankan lari. tercungap2 seketika.

shamir berhenti. dia tertinggal beberapa cm di belakangku.

"tentang apa?".

"erm, aku kena pindah...".

"pindah? ke mana?".

"ermm... jom lepak jap. aku citer!". kami ke bangku berhampiran. tasik permaisuri tenang. airnya berkocak perlahan.

"ayah aku - dia dah balik."

"ayah kau? balik dr mana?".

"hmm. panjang citer...".

"pendekkan...".

shamir hela nafas seketika.

"ayah ngan mak aku dah bercerai...".

"what? bila...".

"ermm. dah lama. sejak aku di bangku sekolah. selama ni aku stay ngan nenek aku aje kat perak. after graduate aku datang ke kl. kerja and dok sini...".

shamir kelihatan merenung jauh ke anak tasik seketika. pandangannya tumpu di situ.

"ayah aku bawa diri ke jepun, kahwin dan tinggal di sana. sepuluh tahun aku tak jumpa dia. now dia balik. semalam dia call aku...".

"ohh-"

"ayah aku ajak tinggal ngan dia. kondo kat bukit bintang. dia ada projek setahun kat KL. after that dia akan balik semula ke jepun...".

"bagus untuk kau...".

"aku mahu kau ikut aku...".

aku gamam.

"ikut? ke mana? tinggal sama?".

shamir angguk.

"ish, merepek! apa kata ayah kau nanti. tak nak lah!".

"aku dah bagitau ayah aku. dia okey. kau jangan risau. petang ni aku nak kena pi jumpa dia. teman ya?". aku lihat shamir seperti bersungguh. nyata dia tidak bergurau.

"tapi mir...".

"dah, takde alasan apa-apa lagi. aku nak kau ikut aku pindah sana. please, sayang?".

pertama kali aku mendengar shamir memanggilku begitu. rasa berdegup kencang jantungku tika itu.

"hey, kau ok?". shamir melambai-lambaikan tangan di depan mukaku.

"ya.. ya.. ok!".

"dah, jom sambung jogging...".

"erk!"

K.

No comments: