"encik rashid, jangan lupa your appointment dengan sarimah pukul tiga!", amy, setiausaha syarikat mengingatkan. rashid menepuk dahi. alamak! macam mana dia boleh lupa. aiseymen... dalam hati dia terbayangkan wajah K yg pastinya gelisah menunggunya.
[ K, i'm so sorry terpaksa cancel nak jumpa kau tengahari. got meeting with sarimah. urgent. meet ya at klcc kul 5pm? ]
geram. rasa nak campak je phone kat tangan. nasib baik aku ni masih sabar. mmg pantang aku ni org cancel2 last minute. kita punyalah iya-iya balik awal dr kampung semata nak jumpa dia. tawaran kerja konon. huh.
puas ronda, aku ke watson's. teringat mata shaverku sudah habis.
ralit membeli, aku disapa satu suara. segeraku menoleh. amira!
"bila balik?".
"er, semalam sampai. hmm, sorang?". amira pantas mengangguk. dia seperti ceria melihatku.
"mira baru sahaja nak contact K. tadi mira cakap ngan saiful. dia kirim salam!".
"waalaikumussallam...". apa kes si saiful plak kirim kat aku. buang tebiat ke apa sepupuku itu.
"jom, makan! ada benda mira nak cakap ngan K...". nyata amira tak pernah berubah. gaya manjanya membuatkan aku secara automatik mengikut sahaja ayunan langkahnya.
"mira nak offer K kerja!".
"kerja? sama papa mira tuh??". amira menggeleng.
"mira dah tubuhkan syarikat. NAT Creative. Buat event, iklan, modeling. ini kad mira!".
"tapi K mana tahu buat event...". amira separuh tergelak. serta-merta dia menggeleng perlahan.
"mira bukan nak suruh K buat event, mira nak K jadi creative designer kat syarikat mira. setuju?". ish, biar betul minah ni. kang tak pepasal dia masih taruh hati kat aku, naya je.
"jangan risau, work is work. nothing personal. Yang lepas, lepas la...", ujar mira seakan bisa membaca apa yg sedang bermain di fikiranku.
"oh, ya. satu lagi. saiful juga dah setuju untuk join kita punya company. mira dah lantik dia jadi akauntan syarikat. saiful akan uruskan soal kewangan nanti." satu kejutan. rupanya sepupuku itu lagi advanced.
"tapi, mira...".
"K, dah mira katakan tadi. nothing personal ya. mira ikhlas nak offer K kerja ngan syarikat mira. lagipun K masih punya satu semester je lagi kan? mira cuma nak bantu K. K berbakat. sayang kalau tak digunakan bakat yg ada. K juga boleh tampung your finacial nanti...".
ah, amira. kau tak faham. bukan itu sebenarnya. kalaulah kau tahu... ayahmu. otakku kembali berputar mengingatkan datuk yusoff, yg juga ayah amira. siapa tak kenal datuk yusoff. disebalik wajahnya yg bersifat tegas dan murah dengan senyuman itu, terpalit satu perasaan zahir yg melanggari batas-batas normal seorang lelaki. ya, datuk yusoff juga seperti dirinya. meminati kaum sejenis. datuk seorang gay. lebih parah lagi seleranya menjurus ke arah lelaki-lelaki muda dan kacak. datuk bijak menjerat dengan harta dan kekayaan yang dimiliknya. dan aku juga tidak terkecuali, pernah menjadi mangsa nafsu dan kerakusan datuk. nasib juga akal warasku dengan cepat menolak semuanya. aku rela meninggalkan datuk, segala kemewahan yg ditawarkan.
menolak tuah? ah, padaku maruahku lebih bernilai. lagipun tika itu aku sendiri yg ingin keluar. datuk, amira... dan yg paling penting iskandar. pemergian iskandar ke london hasil desakan keluarga menjadikan aku begitu rapuh menerima tarikan cinta dan kekayaan datuk yusoff. aku menjadi seorang yg lemah dan tunduk pada kemewahan. dek kecewa barangkali, aku sanggup menggadai maruah sendiri.
"i bersalah pada is. dia dulu juga macam you. kacak dan hebat. even dia anak sedara i, i yg rosakkan hidup dia. i nak tebus kesalahan i pada is dengan mengambil you...".
itulah pengakuan datuk padaku dulu. tak kusangka, iskandar, anak saudaranya itu juga pernah menjadi mangsa datuk yusoff. kisah silam dan asmara mereka tersemat kukuh dan menjadi rahsia berdua. ia berakhir bila sahaja iskandar melanjutkan pelajaran ke luar negara. yg pasti datuk yusoff tak pernah serik. dari anak saudara sendiri, dia mencari anak-anak muda lain yg lebih kacak sebagai pelampias nafsu.
"K, mira cakap ngan K ni. berangan pula!".
"oh, sorry. K teringatkan kampung...", ujarku berbohong. wajah datuk yusoff segera hilang dr ingatan.
"hey, kampung! best sangat kan pegi kampung K hari tuh. maaf lah, mira tahu K tak ajak mira pun tapi ika yg iya-iya nak mira dtg. so mira ajak la syafik sama lisa temankan mira. yg pasti mira seronok sangat dapat kenal ngan keluarga K. semuanya baik-baik!". a'ah... paling baik tentulah saiful kan?
cemburu?
hish, simpang malaikat empat puluh empat. sekali terlajak perahu, ah~
borak punya borak, tak sedar jam hampir ke pukul empat. lama juga tuh. aku kembali teringatkan rashid. hurm. cemana nih. mira dah offer aku kerja ngan dia plak, rashid pun satu, kalau dia punctual tadi takder la aku serba-salah camni.
"er, mira... K minta diri dulu lah. nak ke klcc plak. ada janji ngan kawan nih..."
"perempuan?".
aku geleng.
"lelaki."
amira cuma senyum. aku tak pasti makna disebalik senyumannya itu. yg aku tahu aku ingin segera berjumpa rashid. dalam kepala dah macam-macam alasan dah kureka untuk kubentang pada rashid nanti.
"K, fikirkanlah offer mira tu ya...".
aku angguk.
"please?".
saat itu aku ah pun bangun meninggalkan amira. destinasiku, lrt!
K.
No comments:
Post a Comment