Saturday, December 22, 2007

ep. 22 : cinta... itu buta

minggu terakhir mei. minggu ini bakal menjadi minggu yg paling sibuk buatku. apa taknya, menjelang sahaja dua puluh lima haribulan nanti, aku bakal sibuk dengan majlis perkahwinan kak fatin, adik bongsu mamaku. perlu balik. wajib.

"K, nanti jadi jurukamera. tolong ya!".

awal-awal lagi kak fatin dah tempah aku. erm. serba-salah juga. balik kampung mama, kena jenguk papa sekali. hati dedua nak gak jaga. benda2 ni la yg aku malas sebenarnya. takut ada yg terasa hati.
“K, kalau you tak balik nanti, kitorang pakat2 boikot wedding you…", ujar mak ngah pula. oh, itu ugut ke apa. aku buat-buat tak dengar aje.

“shid, ikut?”.

“mana?”. soal rashid kembali.

“wedding. aunty i nikah hujung bulan ni. ikut?”.

“balik kampung you?”. aku pantas mengangguk.

“see how la. tak janji. kalau dapat cuti.”

“erm, okay…". aku pura-pura sedih.

“alah, jangan la camnih. i cuba. ok sayang?”. rashid terus merangkul aku dr belakang. ah, bahagia seketika. mmg rashid pandai mengambil hati. itulah yg membuatkan aku sayang padanya. opss! lupa. aku dan dia takde apa-apa. kawan. ya, kawan sahaja. namun kuakui, tak byk, secebis perasaan sayang itu ada padanya. rashid tahu dan dia juga, meski tak secara terang-terangan, juga sayang padaku. ah, masing2 takut barangkali. sama sepertiku, rashid juga pernah melalui beberapa peristiwa pahit sebelum perkenalan kami.

masih ingat lagi. di bb.

“u pandang sapa?”.

“tuuu… cute kan?”. haikal cepat2 menoleh.

“hmmm… comel la. but not my type. pi la tegurrr…”.

“segan lah. dia ngan partner tuh. bf kut…”.

“halahh… belum cuba beb!”. api si haikal.

jam menunjukkan hampir ke pukul tiga setengah pagi. aku menarik haikal.

“ke mana?”.

“follow je!”.

“err, excuse me. you ni K kan?”. aku berhenti seketika. duh, ingat balik tadi. tetiba je hilang. risau aku…

“hi, i haikal. ini K, kawan i. dia ni pemalu sikit. err, you ngan siapa?”.

“oh, hi. saya ajil. ni kawan saya, kenalkan, rashid. dia ni pun pemalu. sesuailah...”.

aku lihat muka rashid kelihatan merah padam menahan usikan ajil.

“you guys dah nak balik ke? cam nak cepat aje…”.

“err… kuar jap. amik angin," belum pun sempat si haikal bersuara apa-apa aku pantas dulu menjawab.

“amik angin ke… sini pun ada angin!”. ajil menoleh rashid. sekali lagi rashid jadi mangsa.

“eh, jil. jom dance. ni lagu my fav la!”. haikal dah pun tarik tangan ajil. siot. sengaja depa nak tinggal aku ngan rashid.

“hai, K!”.

“hai, rashid….”.

pertama kali aku mengenali rashid. orgnya tak banyak cakap. pendiam. sepanjang berbual, aku tahu, rashid banyak control. hmm, awal2 biasalah. apa pun dia ttp comel. pada aku la kan.

dari hari ke hari, hubungan kami kian mesra. rashid dan aku makin kerap berhubungan. selalunya dia akan call dr ofis . kebetulan pula rashid juga sama gym ngan aku so semakin kerap la kami berjumpa.

“K, better u hati-hati. i bukan apa, as frend, tak nak lihat u kecewa lagi. jangan bermain api…”.

“alah, lim. kalau takut bermain ombak, buat apa nak buat rumah kat tepi pantai kan?”. halim mati kutu. mmg dia byk menasihati aku. ada yg aku rasa logik, aku praktikkan. halim ni dah kira pangkat abang aku ngan aku. ah, byk garam yg dia telan. kadang2 apa yg dia cakap, boleh pakai juga. cuma dah perangai aku, suka cuba sendiri dulu. amik risiko kata org. dah terantuk, baru nak tergadah. takpelah, janji kecewa tu aku sendiri yg tanggung kan.

“lim, u gi mana tonite? jom kuar. dinner...”. halim mmg pantang kalau aku yg mengajaknya keluar. on sahaja.

kami ke tupai-tupai. aku suka tempat tu. privacy. mee tom yam nya boleh tahan.

“makan la nasi… u need the energy la yang. diet eh?”.

perlu ke aku yg dah kurus camni nak diet2 lagi. nasib baik juga aku rajin ke gym. nak fit katanya.

“i dengar, rashid tuh ada peminat sekarang!”. aku berhenti menyuap.

“huh, siapa?”.

“adala. budak ampang. i kenal dia gak. sorry la, i bukan nak busybody tapi benda2 camnie kalau tak bertepuk sebelah tangan, tak berbunyi tau…”.

aku dengar acuh tak acuh. ni yg malas ni. belum apa-apa dah ada cerita tak best yg aku dengar. prinsip aku mudah aje. kalau dah susah sgt relationship tuh, ah, tinggalkan aje. err, maksud aku… kes2 org ketiga la sebagai contoh. nanti kalau aku pun get involved, makin complicated jadinya. biarpun halim tak cakap secara direct, tapi aku faham. dia tak berapa setuju hubungan aku dengan si rashid.

“i thought u said nak settle down bila dah pindah. tak moh cintan-cintun lagi semua. ni apa kes?”. bebel halim.

ah, cinta datang dan pergi. soal hati, mana bleh paksa-paksa kan. jawabku dalam hati.

“c’mon K. be strong la. kau bukan takder pendirian. cuma cepat sgt kalah dengan keadaan. he’s nothing la K. rashid tu budak picisan aje. you deserved to get somene better than him. aku tak nak kau kecewa buat kesekian kali. but you may choose your own decision la. aku ni takat cakap je…” hatiku juga memberontak. kenapa yer?

“K, you okay?”.

aku terpisat jap. tak sedar rashid disebelah.

“hey, driving pun boleh khayal ker? apa ah you ni…”.

sengaja aku mengajak rashid temankan aku ke shah alam hari ni. nak spend time katanya. ingatkan nak buat confession kat dia, tapi ahh.. aku batalkan sahaja. nanti-nanti lah.

tapi, bila??

err… ntah!

“you take care tau. i’ll miss you…”. huh? aku mimpi ke rashid cakap camtu…

“hey dengar tak… suka khayal ya?” aku sengih.

“will miss you too…”.

aku perasan riak wajah rashid seperti ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanku. sepanjang perjalanan tadi dia hanya membisu. rashid tak banyak berbual denganku seperti selalu. Aku aje yg dok melawak dalam kereta. ah, tak kisah lah. tgok dia ketawa pun dah cukup buat aku happy sebenarnya.

“shid… u ada sesuatu nak cakap ker?” nampak rashid seperti sayu memandang ke arahku.

“no. nothing. you pergilah. nanti terlepas bas pula. apa-apa i’ll call u aje kay. don’t worry…”.

entah mengapa aku rasa tak sedap hati sebaik melihat rashid berlalu pergi. dari jauh dia melambai padaku. ah, hati. berhentilah. aku benci perasaan ini. dush.. dushhh… mati la aku dah jatuh cinta!

hari demi hari, dapat aku rasakan. perasaanku pada rashid kian kuat. di mana-mana pun nama rashid terpahat di hatiku. hingga nak jawab exam hari tu pun nama rashid turut terselit.

“kau gila.” ema memandang tepat ke wajahku.

“yalah… yalah. aku gila. habis tu takkan aku nak abaikan sahaja perasaan ini? dia datang sendiri tau…”.

“kadang-kadang kita berhak untuk abaikan sahaja perasaan, K. macam mimpi juga. anggap aje perasaan tu cuma nak test you aje.” sampuk aina pula. amboi, dah kuar dah ayat2 puitis die...

“test i? hah, macam mana tu…”. soalku, buat-buat bodoh.

“ish, kau ni. test la. uji diri kau samada kau tu jenis yg cepat jatuh cinta ke apa. cuba latih kawal diri. nanti kau kena tipu lagi, hah, baru padan muka!”. balas ema geram.

“aku pun rasa camtu gak. lagipun dr apa yg ko ckp, si rashid tu tak pernah pun ckp yg dia syok kat kau ke apa. apatah lagi nak ucap i love you semua. K, kau dah byk kali terkena. dr awal masuk kolej lagi kitorang jadi kawan baik kau. dah macam2 cerita kita kongsi dan lalui bersama. we’ll concern about you!”. zafir, boyfriend si aina yg dari tadi membisu aja tiba-tiba mencelah.

hmm. kata-kata diorang ni ada betulnya. tapi… hmm, entahla. aku sendiri pun tak pasti ngan apa yg aku nak sekarang. aku akui, sepanjang aku kawan ngan rashid, dia tak pernah luahkan apa-apa yg menyentuh soal hati dan perasaan. alah, kalau setakat i miss you tuh apa lah sangat. nak, nak... dia kata dia pun suka aku gak. bleh la aku perasan jap…

K.

No comments: