kata orang, hidup ini mudah dan indah. asal sahaja kita tahu membawa diri. ah, itu kata orang. soalnya mampu ke hadapi semua-semua ni sendiri? seketika di atas, adakalanya kita jatuh berkali-kali ke bawah. gedebuk-gedebak - sakitnya, hanya hati yg terasa. bagai roda, berputar dan merubah suasana. ibarat cinta, tak kira pada si dia, ibu bapa mahupun diri sendiri.
terkadang terfikir juga, sampai ke mana perjalanan hidupku ini. yg pasti, aku masih di sini, begini dan sendiri. tiada apa-apa yg menarik untuk aku lewat dan kongsi. kata mama - setiap dr kita diciptakan istimewa. aku ingat pesan itu. barangkali aku juga istimewa. dan setiap yg istimewa itu punya hak untuk mengecap segala keistimewaan dan nikmat yg memang menjadi miliknya. keliru? ah, ya. aku juga.
"iss...". panggilanku mati di situ. aku gigil sendiri.
untuk apa jasadnya kembali. cinta, K... cinta. dia masih cinta, barangkali. ah, peduli. telah kukubur bersama liang-liang rasa yg tersisa. padaku iskandar hanyalah secebis dr kisah duka yg pernah terpalit dalam diari hidupku.
cinta padaku kini tak lebih dr perkara dusta. aku kian sedar, hidupku bukanlah sujud padanya. kiblatku hanyalah pada liku-liku sendiri yg masih panjang. barangkali aku naĂŻf jika menolak iskandar sekaligus seberkas cinta yg dibawanya bersama. tapi untuk apa? setelah sekian lama, uh-uh… dipaksa ke luar negara? iskandar bukannya budak-budak. umur pun dah menginjak dua puluh tujuh tahun. dah mampu kahwin dan dapat anak pun (lebih dr mampu aku kira). pergi saja. nah, di luar sana… ramai gadis-gadis dan para pria yg pasti ternanti-nanti dan tergilakan dirinya.
“tapi, K. tak sama. i still want you!”.
“for what? untuk lukakan hati i lagi… sudahlah.”
“K, please. i rayu you…”.
aku memekap telinga. kata-kata itu bagaikan menjadi duri dalam hatiku. pedih.
“K, along masih sayangkan you. percayalah. dia kembali kerana cinta. cintanya pada K. K terimalah dia…”. terngiang kata-kata syafik di restoran malam tadi.
“ah, semua-semua ni… gila. tak masuk akal. pergilahh… i dah buang jauh-jauh cinta you tuh. you cari aje orang lain. i bukanlah org yg sesuai untuk you.”
“K…”.
“pergiiii… pergiiiii…!!”.
“K! K… kenapa ni??”.
“huh?”.
“ngingau eh?”. aku mengurut dada seketika. saiful terkebil-kebil memandangku.
“aku mimpi-lah, pul…”.
“itulah tidur tak basuh kaki sapa suruh!”.
aku menggaru-garu kepala yg tidak gatal.
“K, maafkan i…”. aku berhenti melangkah. suasana di restoran ikan bakar itu hening seketika. aku paling tidak keruan. kejutan gila apakah ini. uh-
“K, kau ok ke? siapa mamat tuh?”. saiful bingung. dia memandang aku dan iskandar silih berganti.
aku buntu. lidahku kelu untuk berkata apa-apa. sekujur tubuh iskandar didepanku kini. alangkah bagusnya semua-semua ini tidak terjadi. katakan kejutan ini hanya mimpi, oh.
iskandar merapati.
"i miss you, baby... i miss you badly!". iskandar menggengami erat jari-jemariku. aku cepat2 menariknya kembali, agak kasar.
"is, pleaseee... tak elok camni. sini kb, bukan kl...". iskandar kembali menarik tanganku, seakan tidak peduli. masing-masing memerhatikan kami. demi tuhan aku malu amat. aku membuat isyarat kepada iskandar untuk ke taman berhampiran.
"kenapa?". lebih privacy, ujarku perlahan namun lebih kepada memberi arahan.
di taman...
iskandar merenungku. mata bundarnya pilu menatapku.
"i just nak minta maaf dengan you..".
"is that all?".
"i miss you...".
"you dah cakap tadi...".
"i need you!!". tak semena-mena iskandar pantas merangkul dan menciumku. aku lemas seketika.
"arghhhh....! shh-toppp!!".
aku benar-benar tergamam. betapa iskandar berani menciumku di tempat terbuka seperti itu. dalam hati mahu sahaja aku menjerit memanggil nama saiful... please selamatkan sepupumu ini!!
"K, u okay? we all dah order food. jom makan?". aku hampir2 memekik nama saiful sebaik sahaja kelibatnya muncul. memang tuhan masih sayangkan aku, jika tidak alamat cair aku dibuatnya dengan rayuan iskandar yg tak putus2 tuh.
"jommm...". aku cepat2 mendapatkan saiful. tangan saiful aku genggam perlahan. sengaja. iskandar sekadar memerhati. dia tahu K cuma mahu buat dia cemburu.
"encik iskandar tak ikut sama?". soal saiful sinis sebaik dia melihat iskandar masih lagi berdiri di hujung taman. iskandar tiada pilihan. nak tak nak dia terpaksa mengalah.
nak seribu daya, is. hati kecilnya berbisik.
waktu makan. masing-masing buka topik. bagus juga ada saiful. dia ni memang banyak cakap. nampak dia begitu mesra dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan amira. nyata amira juga nampak senang bila sesekali saiful berlawak dan mengusik dirinya. aku yakin amira kian dapat melupakan aku. mudah-mudahan. tanpa sedar aku berdoa untuk kebahagian mereka.
iskandar - ah, masalah. dr awal kami kembali tadi, matanya tak lekang memandang ke arahku. ada wajah penuh merayu di situ. nampak benar dia berusaha untuk merebut hatiku kembali.
"K, nape tak ambil lauk...". soal lisa hairan bila melihatkan aku hanya makan nasi kosong. masing2 memandangku. kaget seketika.
"dia allergic seafood!", ujar iskandar dan saiful, hampir serentak. mukaku merah. tak pepasal aku jadi tumpuan seketika.
"bang, jap!". iskandar menggamit seorang waiter.
"kasi sup ayam tak nak pedas sama daging goreng kunyit ya!". aku tersentak. iskandar masih ingat lagi dua masakan kegemaranku rupanya.
"you ok?". aku menggeleng.
"pedasss!". kulihat wajah iskandar mula menggelabah.
"err, waiter! pleasee!".
"ya, encik?".
"err, kasi plain water satu. err, K nak makan apa? order lainlah."
"uhh...".
"K?".
"hah, oh, ya...".
"hish, sempat berangan. i dah order tadi. u mau apa-apa lagi?".
"nooo...". aku malu sendiri.
"untung sapa dapat is ni. caring! hah, K - apa lagi. haruslah tambah tiga pinggan pas ni," seloroh saiful. aku mencebik. perli aku lah tu...
"K, im so sorry. along yg teringin nak jumpa you tadi. i serba-salah...", ujar syafik sebelum kami berpisah malam itu. aku dan saiful menghantar mereka ke hotel. awal-awal lagi esok mereka akan bertolak pulang ke KL.
"thanks for coming anyway. susahkan korang aje. jumpa di KL nanti ya!".
"insyaalahh...", jawab amira, syafik dan lisa hampir serentak.
aku menatap wajah iskandar. dia kelihatan tenang.
"i balik dulu...".
"i'll call you...". aku cuma angguk.
pagi. entah kenapa, bangkit aje dr tidur kepalaku terasa berat semacam. aku cuba tarik nafas seketika. sama juga. ah, banyak fikir barangkali. aku menjeling si saiful disebelah. kuat juga dengkurnya. tidur mati mamat nih. erm. tinggal lagi beberapa hari aku akan pulang ke kuala lumpur. kolej akan start semester baru minggu depan. aku belum beritahu mama lagi pasal yuran. kasihan juga mama. ada juga aku cuba-cuba untuk menelefon papa tapi hatiku seperti memberontak. aku kalau boleh dah tak nak kacau hidup papa. lebih-lebih lagi papa dah ada keluarga sendiri. ada umi. ada adik farah. oh, lupa memberitahu. umi telah selamat bersalin bulan lalu. itupun ika yg memberitahu. papa rajuk hati aku belum balik melihat 'adik' baru. ah, biarlah.
aku membelek2 handponeku. oh, ada sms.
[ k, i ada job untuk you. kalau minat jumpa i kat bangsar lusa jam lapan pagi - rashid ]
rashid? ermm. dah lama aku tak dengar apa-apa cerita tentangnya. seingat aku sebaik 'hubungan' kami putus dahulu, aku lebih banyak mengelak dr bersua muka dengannya. dah mmg sifat semulajadiku. apa-apa, suka lari dr masalah.
aku mengerling jam. tepat ke pukul lima. dah hampir pagi rupanya. ah, esok2 saja aku menelefonnya.
aku bangun ke ruang tengah. hening. kulihat bilik nek imah cerah. bangun solat agaknya. aku membuka laptop. perlahan-lahan menyambung connection. dah terjaga pepagi camni susah dah mahu tidur. apalagi - onlinelah.
"mana K?". nek imah ralit menyiang daging sempat bertanya. saiful sengih.
"tidurrr...".
"hish, budak K nih. dah tengahari nih. ika, pegi kejutkan along kamu tuh. tak elok tidur hari dah tinggi nih. nanti rezeki lari...". sempat nek imah membebel sendiri. tanpa berdalih ika naik ke tingkat atas.
"along... alongg... bangun, long. dah tengahari lah. nek imah dah bising kat bawah tuh!".
aku terkebil-kebil sendiri. ngantuk! penangan online belum hilang.
"nek imah? hah, yelah jap lagi along turun. dia masak apa?".
"masak apa, lauk favourite along lah. tu, pi la tolong pak cik seman ngan abang saiful kat bawah tuh angkat2 brg." ujar ika semacam memberi arahan. duh, malas betul rasanya. inilah yg paling aku tak suka kalau ada kenduri. sakit belakang aku semalam pun belum hilang. aku pusing-pusing seketika. geliat. auch, best juga.
"hah, K. lambat bangun. lena tidur ya!". aku gerak ke pangkin. periuk2 dan alatan kenduri dah kemas tersusun di situ.
"ha'ah la, pak cik. sesekali balik kampung. mana nak sama ngan KL. bising!"
"itulah, dah tahu macam tu balik le selalu, jenguk2 nek imah sama mama kamu tu. kesian pak cik tengok...".
"ermm... kenapa pak cik? saya tengok mama ngan nek imah okay je. ada apa-apa yg saya tak tahu ke?".
"er, takder lah. sebagai anak, sulung pulak tu, jadi tanggungjawab kamula. tak gitu, saiful?". saiful hanya tersengih. lain macam pula bunyi kata-kata pak cik seman ni.
"pul, apa maksud pak cik seman tu tadi?".
"alah, K. biasalah tu, orang tua. dah, kau jangan nak amik serius sgt. nasihat aje lah. nah, pi bawak periuk ni ke dapur. nek imah mintak!". aku menggaru-garu sendiri kepala yg tidak gatal.
"dah siap masak, nek?".
"eh, bila kamu bangun? ingatkan tidur lagi. erm, dah siap dah ni hah. kejap lagi ajak pak cik seman kamu sama saiful. kita makan sekali."
"hah, yelah." aku kembali ke pangkin depan.
"pul.. meh jap!". dari jauh aku menggamit saiful. terkedek2 dia menghampiri. kelakar juga tengok mamat ni buat kerja, sempat lagi melawa ngan jeans dan kemeja.
"hai, takkan pancit?", seloroh saiful.
"aku nak balik lah...".
"balik? KL?". aku angguk.
"bila?".
"malam nie!".
"malam nih?! kau dah bagitau mak long?". aku geleng.
"nek imah tahu?". aku geleng juga.
"tapi tadi aku ada bagitau ika. erm, tak sampai hati la, pul. mama tu, kau faham lah...".
saiful angguk. faham benar dia dengan mak longnya itu. K adalah satu-satu anak lelaki kesayangannya. selain zulaika, hanyalah K lah tempat mak long bergantung harap dan menumpang sayang. sejak bercerai dengan pak long, papa K dulu, mak long tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. pelik juga dia sedangkan pak long telah pun berkahwin lain, punya keluarga dan hidup sendiri. pernah dia cuba-cuba berseloroh namun mak long hanya tersenyum.
"biarlah si K dan ika berjaya dahulu. mak long nak tengok diorang bahagia...". itulah jawapan standard kalau soal kahwin yg ditanya. usahkan dia, ngan nek imah pun mak long seakan refuse untuk menjawab.
"aku harap ini bukan pasal iskandar...". aku diam seketika. agak lama aku membatu.
"no-lah, pul. aku ada kerja. dah settle nanti aku bagitau ya!". sengaja aku tidak beritahu siapa-siapa tentang tawaran kerja rashid malam tadi. biarlah segalanya rahsia dahulu.
"ok, camtu pas lunch karang kita pi bandar. cari tiket!". saiful seakan menarik nafas lega.
"cool. thanks, pul!".
aku mengusap-ngusap mata perlahan. hampir lima jam perjalanan aku meninggalkan bandar kota bharu. suasana di luar begitu gelap. deru enjin keretapi terasa begitu membingitkan. selalunya tak camni. aku membuka laptop. tempat tidur atas tu cukup-cukup untuk aku baring sahaja. selalunya aku membeli tingkat bawah. lebih luas dan selesa. nak buat cemana, ini aje yg tinggal. sold out katanya. ah, tak kisahlah. aku pasal travel ni takde la cerewet sgt. lagipun naik train mudah dan selamat, sampai aje kat sentral pagi sok terus amik lrt ke rumah.
"K, jaga diri ya. mama minta maaf kalau mama tak mampu nak beri kebahagian pada K dan ika. mama harap K faham. mama dah cuba yg terbaik."
"ma, jangan la cakap macam tu. K akan terus di samping mama, ika juga. kami akan jaga mama. salam ma, K pergi dulu...".
aku mencium erat tangan mama sebelum berangkat ke stesen keretapi petang tadi. hanya ika dan saiful yang menghantar. sengaja aku tegah mama dr mengikut. tak nak drama airmata berlarutan. aku sedar, aku banyak abaikan perasaan mama. selama ni aku terlalu ikutkan kata dan hasutan papa. padanya, mama lah yg salah. mama punca rumahtangganya pincang, keluarga pecah-belah. mamalah - dan mama segala-galanya. tanpa sedar airmataku pula yg mengalir deras. maaf - aku mmg emo bila bercerita hal keluarga.
gambar iskandar kuletakkan di desktop. agak lama aku memerhatikan gambar itu. senyumannya bagai menggamitku.
"is, baby... kembalilah. i miss youu...".
aku tak pasti pukul berapa aku terlelap.
K.